Blog ini hanya sesuai dilayari dengan menggunakan browser Mozilla FireFox. Sila klik butang di bawah jika anda masih tidak menggunakan Mozilla FireFox

Tipah Tertipu..!

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Berjumpa lagi kita hari ini. Ingatkan post yang lepas merupakan post yang terakhir sebelum saya kembali masuk belajar di madrasah (Insya-Allah saya pergi hari Sabtu ni - 27hb). Entah mengapa tangan ni gatal lagi nak menaip. Alah, cuma ingin kongsikan secebis cerita dari pengalaman Ibu saya siang tadi (25 Oktober 2007).

Klik imej di atas untuk paparan yang lebih besar

Pada pukul 2:30 petang tadi, Ibu dan Mak saudara saya pergilah ke Program Keibubapaan Bestari anjuran sekolah tempat adik saya menuntut. Katanya majlis ini bertujuan untuk memberi sedikit tips keibubapaan khas untuk Ibu Bapa yang anaknya bakal menduduki peperiksaan besar SPM seperti adik saya tu. Tetapi apa yang mengejutkan, program itu yang menjadi judul besar di pamplet cuma menjadi agenda sampingan sahaja. Apa yang lebih mendukacitakan, ianya bertukar menjadi majlis propaganda Barisan Nasional Negeri (Terengganu) dan Umno terutamanya.

Klik di sini untuk artikel penuh…

Salam Terakhir

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Hari ni tiada apa yang ingin diperkatakan. Cuma nak ucapkan selamat tinggal untuk anda semua.

Biarku pergi membawa diri

Klik di sini untuk artikel penuh…

Buat duit dengan produk ‘Master Resell Right’

Assalamualaikum, dan salam buat duit semua.. Hari ni kita bercerita tentang produk ‘Resell Right’ pula. Apakah dia bendanya ni? Secara ringkas dan padat produk ini dari segi terjemahan ke Bahasa Malaysia ialah, produk yang mempunyai hak jualan semula (Erk… panjangnye…) Maksudnya, produk yang termasuk di dalam label ‘Master Resell Right’ ini memberikan kita hak menjual semula produk-produk tersebut. Apakah kelebihannya dan bagaimana pula kita boleh buat duit dengan produk resell rights?

Buat Duit Dengan Produk Master Resell

Klik di sini untuk artikel penuh…

Pengiklanan Piksel

Assalamualaikum, dan salam buat duit semua. Kali ni kita bercerita tentang ‘pengiklanan piksel’ atau ‘pixel advertising’ kata mat salleh. Secara ringkas, pengiklanan piksel ini bermaksud, iklan visual yang diletakkan pada satu - satu bahagian pada laman web dan mengenakan bayaran mengikut jumlah piksel yang digunakan.

Targeted Visitors

Oke, saya bercerita sedikit mengenai sejarah pengilanan piksel ni;

Model pengiklanan jenis ini mula popular akhir tahun 2005 apabila seorang pelajar warganegara Britain, Alex Tew menghasilkan satu laman web khusus untuk pengiklanan jenis ini, iaitu milliondollarhomepage. Bayaran dikenakan USD1 bagi setiap piksel, dan setelah lima bulan, beliau berjaya menjual 1 juta piksel, bersamaan 1 juta USD! Hebat tak hebat penangan pengiklanan piksel ni?

Klik di sini untuk artikel penuh…

Buat duit dengan WidgetBuck$

Assalamualaikum dan salam buat duit untuk semua. Hari ini saya paparkan satu lagi peluang buat duit untuk anda.

Big Cheque

Pernah dengar WidgetBuck$? WidgetBuck$ ialah satu lagi alternatif buat duit yang terbaru di pasaran. Mereka memberi peluang kepada blogger untuk membuat duit dengan program ini. Apa yang menarik, apabila kita mendaftar sahaja, secara automatik, bonus USD25 akan dimasukkan ke dalam akaun kita. Manakala ‘minimum payout‘ ialah USD50 sahaja. Maknanya mungkin lebih mudah wang tersebut masuk ke kantung seluar anda.

Klik di sini untuk artikel penuh…