Blog ini hanya sesuai dilayari dengan menggunakan browser Mozilla FireFox. Sila klik butang di bawah jika anda masih tidak menggunakan Mozilla FireFox

Sekat, Menyekat dan Tersekat…

Assalamualaikum, dan salam sejahtera semua. Bertemu lagi kita. Okelah, kali ni saya cuma ingin kongsikan rasa dengan anda semua - sahabat yang disayangi. Baru tadi saya terbaca tentang 11 laman web & blog telah disekat oleh Kerajaan dari blog amirhakimi & noorizamshah. Agak terkejut juga walau tidak begitu menghairankan jika ianya berlaku di negara kita yang tercinta ini.

Jangan Bersuara..!

Pada saya, perkara seperti ni tidak sepatutnya belaku jika pihak yang di atas begitu telus dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Pada saya tindakan ini tidak lebih, merupakan aksi politik dari pihak yang menguasai Kerajaan. Serius, saya tidak nampak ianya ke arah lain, melainkan ianya satu ugutan kepada suara - suara yang berlainan nada dengan mereka (pihak eksekutif).

Klik di sini untuk artikel penuh…

Update 22 Disember 2007

Assalamualaikum, dan salam sejahtera semua. Pergh.. lama betul tak update blog ni. Ingatkan 17hb lepas (start cuti pondok) dah nak update, tapi tak dapat sebab terus kena gi balik beraya ke Negeri Sembilan. Terpaksalah hari ni baru update walau tgh blank lagi sbb tak tau apa nak tulis.

Tapi takpelah,  ni kirawarming up dulu. Ohya, saya punya cuti sampai 27hb Disember ni. Kiranya mungkin ada gak ah post dlm jangka waktu yang singkat ni. Insya-Allah. 

Okelah, itu je dulu buat waktu ni. Semoga anda semua sukses selalu dalam setiap lapangan yang diceburi. 

Mohd Aizad Zulkifli

Remaja dan Permasalahannya

Artikel ini di post secara automatik

Assalamualaikum, dan salam sejahtera semua. Hari ni saya nak membebel tentang masalah sosial yang menghinggapi para remaja yang muda belia dewasa ini.

Anatomi minda remaja

Saya begitu kecewa melihat masalah - masalah yang nampaknya sudah begitu tidak terkawal, dan saya yakin anda semua juga kecewa bila menonton di kaca TV kelompok Mat Rempit yang selalu membawa masalah kepada masyarakat. Tidak dilupakan, Mat Pit (penagih najis dadah) - yang telah menjadi isu lapuk zaman - berzaman, bohsia, bohjan dan segala macam ‘mat dan minah yang negatif’ lagi yang melanda negara kita.

Apakah masalah sebenar yang melanda mereka? Bagaimana mereka boleh terjebak dalam kancah yang negatif ni?

Di sini saya cuba senaraikan antara sebab yang saya sempat kumpulkan.

Klik di sini untuk artikel penuh…

Memandang SPAM sebagai satu ancaman.

Artikel ini di post secara automatik

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni saya nak bercerita tentang SPAM pula. Spam adalah satu salahguna sistem mesej elektronik, dan biasanya dihantar dalam jumlah yang besar. Tidak kiralah dalam jenis apapun, termasuk di laman forum, email, atau khidmat pesanan ringkas (SMS) sekalipun. Atau dengan erti kata lain, penerima mesej tidak rela menerima mesej itu, lebih-lebih lagi kalau menerima lebih dari satu mesej.

Kami Benci We hate Spam

Klik di sini untuk artikel penuh…

Tipah Tertipu..!

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Berjumpa lagi kita hari ini. Ingatkan post yang lepas merupakan post yang terakhir sebelum saya kembali masuk belajar di madrasah (Insya-Allah saya pergi hari Sabtu ni - 27hb). Entah mengapa tangan ni gatal lagi nak menaip. Alah, cuma ingin kongsikan secebis cerita dari pengalaman Ibu saya siang tadi (25 Oktober 2007).

Klik imej di atas untuk paparan yang lebih besar

Pada pukul 2:30 petang tadi, Ibu dan Mak saudara saya pergilah ke Program Keibubapaan Bestari anjuran sekolah tempat adik saya menuntut. Katanya majlis ini bertujuan untuk memberi sedikit tips keibubapaan khas untuk Ibu Bapa yang anaknya bakal menduduki peperiksaan besar SPM seperti adik saya tu. Tetapi apa yang mengejutkan, program itu yang menjadi judul besar di pamplet cuma menjadi agenda sampingan sahaja. Apa yang lebih mendukacitakan, ianya bertukar menjadi majlis propaganda Barisan Nasional Negeri (Terengganu) dan Umno terutamanya.

Klik di sini untuk artikel penuh…