Antara Pegangan & Ikatan Persaudaraan
Saya agak tertarik dengan post ini - Memang kena betul dengan apa yang saya sendiri alami. Erm, memang itulah sunnahnya. Lebih – lebih lagi bila pegangan kita diaggap berbeza dari yang lain. Atau yang lebih teruk, dianggap (dituduh) SESAT..!
Agak menyedihkan, dari saudara tiba – tiba bertukar menjadi orang yang memusuhi kita semata – mata kerana apa yang dipanggil ‘PEGANGAN’. Hanya kerana berserdekap (meletakkan tangan) di atas dada ketika qiyam dalam solat dan enggan menyapu muka selepas solat, mereka yang dianggap seperti adik boleh meWAHABIkan dan memBID’AHkan kita.

Hehe… Tapi itulah kenyataan yang nak tak nak mesti ditelan… Iyalah, mungkin saya kelihatan berbeza dari rakan – rakan sepengajian yang lain, tetapi apakah atas alasan itu menghalalkan caci maki dan tuduhan- tuduhan yang tidak berasas?
Heh, maaflah entry kali ini emosi sedikit. Tapi itulah hakikat yang seorang pelajar pondok yang dianggap asing dari yang lain. Apapun, saya lebih senang meneruskan apa yang saya pegang ini. Apatahlagi mengenangkan sabda Rasullullah SAW yang bermaksud;
“Permulaan Islam itu asing, dan akan kembali asing sebagaimana ia bermula. Maka berbahagialah orang yang asing” Hadith Riwayat Muslim dari Abi Hurairah.
Hadith ini sering membuatkan hati ini ceria semula setiap kali datang ujian seperti ini. Apapun saya doakan semoga saudara – saudara saya yang cuba bermusuh itu diberikan taufiq dan hidayah dari Allah Azza wa Jalla. Amin…
This entry was posted on Saturday, October 10th, 2009 at 10:10 AM and is filed under Islam, Letusan Hati. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.





