Benarkah judi masalahnya..?
Cuba lihat screenshot artikel di bawah. Perhatikan apa yang tak kena. Saya melihat ini tidak lebih cuma propaganda media Indonesia yang cuba mengapi – apikan sentimen ‘Ganyang Malaysia’
Selain mengakui kebenaran dan kebebasan mereka (mangsa tragedi) menolak sumbangan dari Malaysia yang katanya bercampur dengan hasil perjudian, tetapi mengapa bantuan dari Amerika, Brasil, Thailand dan lain – lain negara diterima pula? Apa, bersih sangat wang mereka..?
Islam tidak pernah mengajar kita bersikap seperti ini. Bantuan itu walaupun datangnya dari satu kerajaan yang mungkin boleh diklasifikasikan ‘zalim’, tetapi itu bukan bermakna kita harus menolak bantuan yang dihulurkan.
Wallahu a’lam…
This entry was posted on Sunday, October 4th, 2009 at 8:47 PM and is filed under Demokrasi, Isu Semasa, Kebebasan Media, Letusan Hati, Politik. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.






