ASWJ – Antara MemBID’AHkan & MeWAHABIkan.

Kecewa… mungkin itu ungkapan yang paling tepat menggambarkan perasaan saya tentang perkembangan dunia dakwah Islamiyyah di dunia siber ini. Nampaknya teknologi ini mendatangkan lebih banyak keburukan dan permusuhan antara umat Islam sesama sendiri. Seakan tiada hujungnya.

Lambakan blog – blog yang timbul bagaikan timbul cendawan selepas hujan petir, yang mengatas namakan Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ), atau pun berselindung dibalik ungkapan ‘Salafiyah’ dan lain – lain slogan manis tidak lebih hanya menimbulkan lebih banyak permusuhan dan kebencian. Sebagai contoh yg dapat dipetik dari blog – blog seperti ini (url blog berkenaan sengaja tidak dinyatakan di sini) ialah;

kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi berakidah yahudi bukan Islam yang hakiki dari langit

Apa ni..? Saya melihat isu ini tidak lebih sebagai menggalakkan perpecahan dalam Islam. Khususnya bagi masyarakat Islam di Malaysia. Apa tujuan anda semua berblog? Saya tak kisah pun kalau sekadar melontarkan pandangan dan pendirian sendiri. Tetapi janganlah sampai menghalalkan fitnah dan kata – kata kesat semata – mata kerana tidak bersetuju dengan pihak lain yang berbeza pegangan?

Semua boleh mengaku Ahlus Sunnah tetapi ketahuilah, sikap dan sifat sebenar Ahlus Sunnah wal Jamaah (ASWJ) ialah tidak memBid’ahkan atau meWahabikan ahli qiblah dengan sesuka hati. Marilah kita kuatkan kesatuan Islam dikala musuh – musuh kita di luar itu pun menyiapkan kekuatan memusnahkan kita.

Wallahu A’lam…

This entry was posted on Saturday, September 26th, 2009 at 1:02 PM and is filed under Islam, Isu Semasa, Letusan Hati, Penyelewengan. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply