Kem Ihya’ Ramadhan – Smart Solat
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera untuk semua,
Bertemu lagi kita kali ini. Untuk entry kali ni saya taknak cakap atau membebel panjang cuma nak berkongsi sedikit pengalaman dengan para pembaca setia blog ni (ada ke?)
Erm, 9 Sept – 11 Sept yang lepas saya telah terlibat sebagai tenaga pengajar (fasilitator) dalam program Kem Ihya’ Ramadhan – Smart Solat anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Paka (SMKSP) yang bertempat di Masjid Jame’ Paka, DUNGUN Terengganu. Program anjuran pihak sekolah ini khas untuk 61 orang pelajar lelaki tingkatan satu. Sepanjang program ini, para peserta dibawa untuk menghayati solat dan juga memperbetulkan solat mereka. Selain itu pengisian kerohanian juga turut diterapkan.

Sebenarnya pengalaman jadi ‘fasi’ ni masih terlalu cetek lagi. Satu pengalaman baru telah sempat saya timba sepanjang program. Di sini saya mendapat tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman dengan speaker yang lebih otai iaitu Bro Syamil (Penulis buku Dimensi 99: Menuju Kejayaan Sebenar Menurut Perspektif Asmaul Husna) Seronok bekerjasama dengan beliau dan teman seperjuangan di pondok seperti Aliff Afiq, Ayub dan Yatim.
Okelah di bawah saya paparkan sedikit foto sepanjang program ini berlangsung.
This entry was posted on Saturday, September 13th, 2008 at 3:34 AM and is filed under Belia, Islam, Kem Solat, Puasa, Ramadhan. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.






soulof99 September 8th, 2009 at 2:57 AM
Program ini bukan anjuran madrasah.