Hentikan Lakonan..!

Assalamualaikum, dan Salam Sejahtera untuk semua.

Nampaknya kegiatan politik murahan dari pihak yang tidak bertanggungjawab tak habis – habis lagi. Agak meloyakan bila saya terbaca di Utusan Online petikan berikut.

Zainol Fadzi berkata, Pemuda UMNO menghormati keputusan kerajaan negeri memberikan tanah kepada sekolah Cina di Perak.

Tetapi, kalau boleh kerajaan negeri juga kena berlaku adil kepada sekolah agama Islam dan pondok persendirian yang turut berhadapan dengan beban kewangan.

“Kita mahu Menteri Besar dapat membuat keputusan membela orang Melayu dan bumiputera supaya nasib dan kepentingan pribumi ini tidak dikemudiankan,” katanya.

Sumber – Utusan Online

Heh, agak melucukan juga bila disentuh bab sekolah agama dan pondok. Bukankah pihak mereka juga yang menghentikan bantuan perkapita dan juga menyekat zakat kepada tempat – tempat pengajian ini..?

Hari ini pula sekali lagi kenyataan yang sama nadanya dikeluarkan Setiausaha Kerjan Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Hasbullah Osman pula. Hai, dah tak ada modal kah kalian semua..?

Kegiatan politik yang bersifat opportunis ini sebenarnya tidak sihat untuk kesejahteraan rakyat. Takperlulah kalian (yang berkenaan) memainkan isu – isu yang berbaur perkauman kerana ini sebenarnya menambah ketidakstabilan di dalam negara ini. Hentikan Lakonan, tak usah berangangai jaguh bangsa…

This entry was posted on Tuesday, September 2nd, 2008 at 5:40 PM and is filed under Anti Perkauman, Letusan Hati, Politik. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Hentikan Lakonan..!”

Leave a Reply