Update: 24 Ogos 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Nampaknya bertemu  juga kita untuk sekian kalinya setelah lama tiada pengisian yang menarik dari blog saya yang tak seberapa adanya ni.

Nampaknya tak lama lagi kita sekalian Muslim akan menyambut bulan penuh berkat Ramadhan al Mubaraq. Insya-Allah sama – sama kita penuhkan bulan itu dengan amal soleh.

Sebenarnya pondok tempat saya mengaji telah sampai musim cuti sejak 17 hb Ogos yang lepas. Namun, saya lebih gemar ‘lepak’ di pondok. Mujur ada laptop (pinjam dari ayah tersayang) & sambungan internet yang menjadi teman.

Bisnes Internet? Erm, tentang pendapatan saya dari internet memang sudah lama menurun (merudum terus). Heh, mana tidaknya tiada perancangan yang teliti dan berkesan. Internet pun lama tak surf. :)

Baru – baru ni sampai pulak invois untuk hosting & laman web ni. RM100 lebih. (Mano plaklah den nak cokau duit ni). Nampaknya Tagline ‘Belia Gemar Bisnes’ ni kena ubahlah nampaknya :D

Okelah, cukup setakat ini dulu. Ada masa mungkin saya akan modified blog ini dan post apa yang patut. Tengah cari idea lagi ni. Apapun komen anda semua saya alu -alukan. Terus emel atau campakkan saja komen – komen bernas tu di chatbox yg disediakan.

This entry was posted on Sunday, August 24th, 2008 at 3:23 PM and is filed under Letusan Hati. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Update: 24 Ogos 2008”

Leave a Reply