Blog ini hanya sesuai dilayari dengan menggunakan browser Mozilla FireFox dan Google Chrome. Sila klik butang di bawah jika anda masih tidak menggunakan Mozilla FireFox

Update: 24 Ogos 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Nampaknya bertemu  juga kita untuk sekian kalinya setelah lama tiada pengisian yang menarik dari blog saya yang tak seberapa adanya ni.

Nampaknya tak lama lagi kita sekalian Muslim akan menyambut bulan penuh berkat Ramadhan al Mubaraq. Insya-Allah sama - sama kita penuhkan bulan itu dengan amal soleh.

Sebenarnya pondok tempat saya mengaji telah sampai musim cuti sejak 17 hb Ogos yang lepas. Namun, saya lebih gemar ‘lepak’ di pondok. Mujur ada laptop (pinjam dari ayah tersayang) & sambungan internet yang menjadi teman.

Bisnes Internet? Erm, tentang pendapatan saya dari internet memang sudah lama menurun (merudum terus). Heh, mana tidaknya tiada perancangan yang teliti dan berkesan. Internet pun lama tak surf. :)

Baru - baru ni sampai pulak invois untuk hosting & laman web ni. RM100 lebih. (Mano plaklah den nak cokau duit ni). Nampaknya Tagline ‘Belia Gemar Bisnes’ ni kena ubahlah nampaknya :D

Okelah, cukup setakat ini dulu. Ada masa mungkin saya akan modified blog ini dan post apa yang patut. Tengah cari idea lagi ni. Apapun komen anda semua saya alu -alukan. Terus emel atau campakkan saja komen - komen bernas tu di chatbox yg disediakan.

  1. 1 Trackback(s)

  2. Aug 24, 2008: autocarsinsurance » Blog Archive » Update: 24 Ogos 2008

Post a Comment