Posted by soulof99 on
August 31, 2008
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubaraq
Assalamualaikum buat semua.
Nampaknya kita akan menyambut bulan yang penuh berkat, Ramadhan Al-Mubaraq. Satu bulan yang mana kita umat Islam diwajibkan berpuasa kecuali mereka - mereka yang dikecualikan.
Puasa menurut bahasa Arab bermaksud menahan dari sesuatu seperti; menahan dari tidur, menahan bicara dan sebagainya. Manakala puasa dalam konteks syariat Islam pula bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta segala yang perkara yang membatalkannya, bermula dari terbit fajar hingga tenggelam matahari disertakan dengan niat dan syarat tertentu.
Sempena bulan yang mulia ini, janganlah kita lupa solidariti dan kesatuan umat Islam di seluruh dunia. Dengan berpuasa juga boleh membuatkan kita dapat merasai penderitaan saudara - saudara kita diseluruh negara yang diancam perang, kebuluran dan wabak penyakit.
Firman Allah di dalam Al-Quran;
(Puasa itu) pada bulan Ramadhan yang diturunkan Al-Quran pada bulan itu untuk petunjuk bagi manusia dan beberapa keterangan dari petunjuk dan memperbedakan antara yang hak dengan yang bathil. (Al-Baqarah:185)
Suhubungan dengan itu, marilah kita menjadikan Ramadhan kali ini sebagai Ramadhan yang terbaik dari yang sebelumnya. Semoga kita semua bertemu dengan lailatul-qadar.
Kerana Firman Allah di dalam Al-Quran;
Malam ‘Lailatul-Qadar’ itu terlebih baik dari seribu bulan (Al-Qadr:3)
Wasallam,

Posted by soulof99 on
August 24, 2008
Update: 24 Ogos 2008
Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Nampaknya bertemu juga kita untuk sekian kalinya setelah lama tiada pengisian yang menarik dari blog saya yang tak seberapa adanya ni.
Nampaknya tak lama lagi kita sekalian Muslim akan menyambut bulan penuh berkat Ramadhan al Mubaraq. Insya-Allah sama - sama kita penuhkan bulan itu dengan amal soleh.
Sebenarnya pondok tempat saya mengaji telah sampai musim cuti sejak 17 hb Ogos yang lepas. Namun, saya lebih gemar ‘lepak’ di pondok. Mujur ada laptop (pinjam dari ayah tersayang) & sambungan internet yang menjadi teman.
Bisnes Internet? Erm, tentang pendapatan saya dari internet memang sudah lama menurun (merudum terus). Heh, mana tidaknya tiada perancangan yang teliti dan berkesan. Internet pun lama tak surf.
Baru - baru ni sampai pulak invois untuk hosting & laman web ni. RM100 lebih. (Mano plaklah den nak cokau duit ni). Nampaknya Tagline ‘Belia Gemar Bisnes’ ni kena ubahlah nampaknya
Okelah, cukup setakat ini dulu. Ada masa mungkin saya akan modified blog ini dan post apa yang patut. Tengah cari idea lagi ni. Apapun komen anda semua saya alu -alukan. Terus emel atau campakkan saja komen - komen bernas tu di chatbox yg disediakan.











