Blog ini hanya sesuai dilayari dengan menggunakan browser Mozilla FireFox. Sila klik butang di bawah jika anda masih tidak menggunakan Mozilla FireFox

Hentikan Perkauman..!

Hentikan Perkauman
Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.

Erm, sebenarnya agak malas untuk saya menulis entry kali ini. Bukan apa, kelihatan seperti sudah terlalu jauh dari ‘tema utama’ blog ini – Belia Gemar Bisnes. Tapi apa boleh buat, saya harus juga menulis.

Pilihanraya Umum ke 12 telah seminggu kita tinggalkan, tetapi bahang perubahan masih belum reda. Kekalahan besar Barisan Nasional (BN) telah kita ketahui. Tapi apa yang kurang menyeronokkan, dua tiga hari ini api perkauman kembali disemarakkan. Isu – isu perkauman dimainkan oleh pihak ‘opportunist’ Umno / BN. Lebih – lebih lagi setelah Ketua Menteri baru Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengisytiharkan penghapusan (pemansuhan) DEB (Dasar Ekonomi Baru) dalam pentadbiran kerajaan campuran Pulau Pinang.

Hentikan Perkauman

Apa yang sebenarnya berlaku?

Semalam (14 Mac 2008) satu tunjuk perasaan telah dilakukan di hadapan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar). Semalam juga dalam Buletin Utama 8.00 Malam dipaparkan pemimpin - pemimpin Melayu yang turut berdemonstrasi membuat kenyataan yang berbau perkauman yang busuk. Terutama seorang ADUN BN yang terang - terang cuba membangkitkan semangat perkauman Melayu yang sempit.

Jika dilihat dari kenyataan beliau, saya fikir amat layak beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Ini bukan bermakna saya menyokong akta zalim itu, tetapi memandangkan mereka (BN) sentiasa mempertahankan Akta itu, maka eloklah kiranya si ADUN ini dan rakan - rakannya yang turut terlibat dalam demo ini diambil tindakan yang sewajarnya.

Tunjuk Perasaan Perkauman

Sejauh mana penghapusan DEB oleh Lim Guan Eng menjadikan hak kaum Melayu dipinggirkan?

Jika dilihat track record Parti Gerakan yang menerajui Pulau Pinang selama ini adakah hak kaum Melayu cukup terbela? Agaknya mereka yang berdemonstrasi ini baru terjaga dari mimpi. Hak dan maruah kaum Melayu di Pulau Pinang sudah lama di injak - injak oleh Kerajaan Negeri dan segelintir pemimpin kaum Melayu di sana. Apa yang berbeza di sini ialah Parti Gerakan yang mengetuai Kerajaan Negeri tidak mengisytiharkan penghapusan DEB. Itu sahaja.

Apapun saya ternanti – nanti kenyataan rasmi dari pemimpin – pemimpin ‘Barisan Rakyat’ seperti Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim, dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang tentang isu ini.

 

NOTA: Khas buat para opportunist Umno / BN - Hentikan kenyataan - kenyataan yang berbau perkauman, carilah isu yang lebih bermaruah untuk mendapat simpati rakyat.

Mohd Aizad Zulkifli

This entry was posted on Saturday, March 15th, 2008 at 7:28 am and is filed under Anti Perkauman, Bebelanku, Demokrasi, Demonstrasi, Islam, Isu Semasa, Jenayah, Pilihan Raya, Politik. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Hentikan Perkauman..!”

  1. Ritzuan says:

    Dah 35 tahun kita beri peluang kpd mereka utk laksanakan DEB. Tiap kali pilihanraya mereka minta mandat utk masa tambahan. Tengoklah apa yg kita dapat dpd mereka selama ni. Adakah kita kena bersabar lagi ? Salahke kalau kita beri peluang kpd orang lain utk cuba ? Skrg kerajaan negeri baru ditubuh tak sampai seminggu org Melayu telah dimarginalize ? Tidakke pemimpin UMNO harus mengaku mereka sendiri gagal mengubah nasib org2 Melayu selama ni?

  2. Editor says:

    biasalah retorik parti pemerintah bagi mengekalkan kuasa, merendahkan harakat pemikiran rakyat.

  3. youth says:

    come & join this..

    http://forum.youth.org.my

Leave a Reply