Siapakah Yang Akan Mendaulatkan Islam Ini?
Siapakah Yang Akan Mendaulatkan Islam Ini?
Ya Akhi,
Roda Islam itu berputar, sekali di atas sekali di bawah. Engkau hendaklah sentiasa bersama – samanya. Islam pada suatu hari menjadi dagang. Apabila tiba masa itu engkau hendaklah sentiasa bersamanya walaupun terpaksa memamah pucuk – pucuk kayu. Namun, jangan engkau dagangkannya sebelum tiba masanya. Jangan ya Akhi.
Ya Akhi,
Kepada siapakah engkau hendak amanahkan perjuangan menegakkan Islam di atas muka bumi ini. Di atas bahu Musyrikinkah atau di atas bahu Munafikin? Apakah engkau ingin melihat kemenangan Islam dengan tangan perjuangan sahabatmu sedangkan tanganmu berpeluk tubuh dan terbelenggu?
Ya Akhi yang sedang membaca warkah ini. Kepadamulah ditujukan amanah ini. Atas dasar Islam itu tinggi, bantulah meninggikannya dengan tanganmu sendiri. Tangan yang akan menjadi saksi di akhirat kelak.
Salam Perjuangan.
Nota kaki: Nota @ Warkah di atas saya kutip dari risalah yang diedarkan di masjid kepada para jemaah solat Jumaat tadi.














Lagi satu..
Ya Akhi jangan terpengaruh dengan kesenangan dunia yang diberi oleh mana mana parti.
Tapi fikirlah tentang perjuangan menegakkan Hukum Allah di Negara kita ini.
March 1st, 2008 at 2:39 pm