Update: Pemilu 12

Tapi, kali ni pun bukan ada cerita yang menarik, cuma sekadar untuk update blog ni dan berceloteh sedikit tentang Pilihan Raya ke 12 Malaysia. Kehangatan Pemilu @ PRU kali ni masih belum terasa sepenuhnya pada saya. Lebih – lebih lagi kerana saya sekarang ni bertugas di salah sebuah Markaz UPU (Unit Peti Undi) di Terengganu. Parti mana..? Anda teka sendiri…
Seperti Pemilu yang sudah – sudah, kempen dan segala yang berkaitan tak pernah dilihat samarata. Perlawanan tidak pernah adil setiap kali Pemilu. Lihat saja dari sudut yang paling mudah. Akses kepada Media. Akses kepada media di sini bermaksud kebenaran untuk turut sama menyampaikan maklumat atau yang berkaitan kepada para pemilih (pengundi) di TV dan Radio serta akhbar – akhbar perdana. supaya para pemilih mendapat maklumat yang cukup untuk ‘memangkah’. Ini amat penting kerana dengan kekurangan maklumat, pemilih boleh terus tertipu dan menjadikan negara kita semakin ‘tenat’ saban hari. (Erk… berbaur propaganda plak statement den ni)
Okelah, jom pakat keluar untuk mengundi 8 MAC 2008 ni. Pangkah untuk perubahan. “Masa Untuk Berubah”
This entry was posted on Thursday, February 28th, 2008 at 10:09 PM and is filed under Letusan Hati, Pilihan Raya, Politik. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.





