Sekat, Menyekat dan Tersekat…
Posted on | December 23, 2007 | 6 Comments
Assalamualaikum, dan salam sejahtera semua. Bertemu lagi kita. Okelah, kali ni saya cuma ingin kongsikan rasa dengan anda semua – sahabat yang disayangi. Baru tadi saya terbaca tentang 11 laman web & blog telah disekat oleh Kerajaan dari blog amirhakimi & noorizamshah. Agak terkejut juga walau tidak begitu menghairankan jika ianya berlaku di negara kita yang tercinta ini.

Pada saya, perkara seperti ni tidak sepatutnya belaku jika pihak yang di atas begitu telus dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Pada saya tindakan ini tidak lebih, merupakan aksi politik dari pihak yang menguasai Kerajaan. Serius, saya tidak nampak ianya ke arah lain, melainkan ianya satu ugutan kepada suara – suara yang berlainan nada dengan mereka (pihak eksekutif).
Saya tidak fikir 11 laman web & blog itu semuanya merupakan laman berbentuk lucah dan ekspilisit (jika benar kenyataan ini berlaku, kerana tidak mustahil ini cuma sekadar berita yang di reka -reka walau dikeluarkan oleh pihak yang berautoriti)
Rasanya ini satu lagi pencabulan dari pihak eksekutif yang tidak menghormati kebebasan bersuara dan kebebasan menyatakan pendapat.
Jika benar ingin menyekat laman yang tidak bermoral seperti laman lucah sebagai contoh, itu memang amat disokong. Tetapi jika sasarannya cuma laman yang menggigit perasaan segelintir dari pihak atasan, ianya memang satu perkara yang amat dikesali.
Apapun, saya memerhatikan dari jauh tindakan seterusnya dari pihak yang berkaitan, terutama dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Majlis Keselamatan Negara.

Comments
6 Responses to “Sekat, Menyekat dan Tersekat…”
Leave a Reply





January 12th, 2008 @ 10:05 AM
Biasa la tu.. Bila kebenaran dah terbukti, sekat je lah. Kui3.
January 17th, 2008 @ 2:10 PM
perkongsian yang menarik.diharap dapat dijadikan pengajaran buat semua
Regards,
hafiza
http://www.eOneNet.com
Internet Marketing company since 2000
January 21st, 2008 @ 5:43 PM
tp aku tgk diorang mcm selamba je lagi beroperasi
erk..aku terlawat aritu
January 29th, 2008 @ 10:17 PM
lama tak jenguk sini. pekaba tuan rumah
February 13th, 2008 @ 8:24 PM
yang sekat biase ar..xxxx..hehe..
April 23rd, 2008 @ 10:43 AM
cube la beri peluang ntuk kte bersuare…ini x..trus sekat je..