Blog ini hanya sesuai dilayari dengan menggunakan browser Mozilla FireFox. Sila klik butang di bawah jika anda masih tidak menggunakan Mozilla FireFox

Sekat, Menyekat dan Tersekat…

Assalamualaikum, dan salam sejahtera semua. Bertemu lagi kita. Okelah, kali ni saya cuma ingin kongsikan rasa dengan anda semua - sahabat yang disayangi. Baru tadi saya terbaca tentang 11 laman web & blog telah disekat oleh Kerajaan dari blog amirhakimi & noorizamshah. Agak terkejut juga walau tidak begitu menghairankan jika ianya berlaku di negara kita yang tercinta ini.

Jangan Bersuara..!

Pada saya, perkara seperti ni tidak sepatutnya belaku jika pihak yang di atas begitu telus dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Pada saya tindakan ini tidak lebih, merupakan aksi politik dari pihak yang menguasai Kerajaan. Serius, saya tidak nampak ianya ke arah lain, melainkan ianya satu ugutan kepada suara - suara yang berlainan nada dengan mereka (pihak eksekutif).

Saya tidak fikir 11 laman web & blog itu semuanya merupakan laman berbentuk lucah dan ekspilisit (jika benar kenyataan ini berlaku, kerana tidak mustahil ini cuma sekadar berita yang di reka -reka walau dikeluarkan oleh pihak yang berautoriti)

Rasanya ini satu lagi pencabulan dari pihak eksekutif yang tidak menghormati kebebasan bersuara dan kebebasan menyatakan pendapat.

Jika benar ingin menyekat laman yang tidak bermoral seperti laman lucah sebagai contoh, itu memang amat disokong. Tetapi jika sasarannya cuma laman yang menggigit perasaan segelintir dari pihak atasan, ianya memang satu perkara yang amat dikesali.

Apapun, saya memerhatikan dari jauh tindakan seterusnya dari pihak yang berkaitan, terutama dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Majlis Keselamatan Negara.

Mohd Aizad Zulkifli

This entry was posted on Sunday, December 23rd, 2007 at 1:12 am and is filed under Bebelanku, Demokrasi, Isu Semasa, Jenayah Siber, Penyelewengan, Politik. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses to “Sekat, Menyekat dan Tersekat…”

  1. affuan says:

    Biasa la tu.. Bila kebenaran dah terbukti, sekat je lah. Kui3.

  2. hafiza says:

    perkongsian yang menarik.diharap dapat dijadikan pengajaran buat semua

    Regards,
    hafiza
    http://www.eOneNet.com
    Internet Marketing company since 2000

  3. vangardx says:

    tp aku tgk diorang mcm selamba je lagi beroperasi :D erk..aku terlawat aritu :P

  4. Noorizam says:

    lama tak jenguk sini. pekaba tuan rumah :)

  5. afham says:

    yang sekat biase ar..xxxx..hehe..

  6. jammil says:

    cube la beri peluang ntuk kte bersuare…ini x..trus sekat je..

Leave a Reply