Blog ini hanya sesuai dilayari dengan menggunakan browser Mozilla FireFox. Sila klik butang di bawah jika anda masih tidak menggunakan Mozilla FireFox

Remaja dan Permasalahannya

Artikel ini di post secara automatik

Assalamualaikum, dan salam sejahtera semua. Hari ni saya nak membebel tentang masalah sosial yang menghinggapi para remaja yang muda belia dewasa ini.

Anatomi minda remaja

Saya begitu kecewa melihat masalah - masalah yang nampaknya sudah begitu tidak terkawal, dan saya yakin anda semua juga kecewa bila menonton di kaca TV kelompok Mat Rempit yang selalu membawa masalah kepada masyarakat. Tidak dilupakan, Mat Pit (penagih najis dadah) - yang telah menjadi isu lapuk zaman - berzaman, bohsia, bohjan dan segala macam ‘mat dan minah yang negatif’ lagi yang melanda negara kita.

Apakah masalah sebenar yang melanda mereka? Bagaimana mereka boleh terjebak dalam kancah yang negatif ni?

Di sini saya cuba senaraikan antara sebab yang saya sempat kumpulkan.

Pengaruh rakan sebaya

Memang tidak dapat dinafikan rakan sebayalah yang mempunyai pengaruh yang lebih hebat berbanding pengaruh ahli keluarga bagi kebanyakan remaja yang terlibat dalam kancah yang negatif ini

Runtuhnya institusi keluarga

Jika ditanya kebanyakan para remaja yang terlibat, kebanyakannya terdiri dari latarbelakang keluarga yang hancur. Ibu bapa sering berkonflik atau mungkin bercerai berai.

‘Spirit of belonging’ yang terseleweng

Tak dinafikan ini merupakan sifat yang bagus jika disalurkan ditempat yang betul. Menyertai persatuan atau kelab seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Persekutuan Pengakap Malaysia, dan yang berkaitan adalah contoh terbaik. Tetapi apabila semangat yang baik ini disalurkan kepada kelompok yang negatif, maka tidak hairan hasilnya negatif dan kerana itulah kita lihat kebiasaan remaja yang bermasalah ini mempunyai ‘click’ dan ‘geng-geng’ dari kelompok mereka sendiri.

Trauma

Pengalaman hitam yang pernah melanda kehidupan remaja bermasalah menjadikan mereka terlibat dalam kegiatan yang tidak bermoral. Misalnya latar belakang kehidupan mereka yang mungkin sering mengalami mimpi ngeri seperti penderaan secara fizikal dan mental misalnya. Mungkin mereka pernah menerima gangguan seks sebagai contoh. Ini juga merupakan titik punca mereka mula memberontak dan mula terjebak dengan kancah sosial yang negatif.

Mungkin itu sahaja buat masa ini. (Ini sahaja yang terlintas dalam fikiran saya sekarang) Mungkin anda semua ingin tambah lagi sebab sebab yang lain?

Nota : artikel di atas diubah suai dari salah sebuah tulisan dari blog lama saya.

Mohd Aizad Zulkifli

This entry was posted on Saturday, November 10th, 2007 at 12:03 pm and is filed under Belia / Remaja, Islam, Isu Semasa, Jenayah, Pembangunan Belia. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

18 Responses to “Remaja dan Permasalahannya”

  1. AfzaiAfandi says:

    Aku nk tambah satu kat sini.
    Faktor persekitaran. Yakni termasuklah pengaruh media massa. Aku rasa faktor ini adalah faktor terkuat remaja itu terdorong untuk melakukan permasalahan sosial yg melampau.
    Ditambah pula kurangnya imlu keagamaan dalam diri remaja itu sndiri.
    Wallahua’lam

  2. azhad says:

    Asas agama yang lemah dan jati diri yang rapuh perlu diambil perhatian. Kedua-dua aspek ini mesti diterapkan di dalam sistem pendidikan kita.

  3. chip says:

    ya. dimana lagi puncanya kalau bukan kurang pendidikan agama?
    http://cat-world.50webs.com

  4. aizat says:

    Ibu bapa yang sibuk tak kisah pasal anak2..

  5. vangardx says:

    dari mana mereka dapat moto? cuba check balik..ade yg dihadiahkan utk anaknya sebab lulus pmr..lulus je..tak cemerlang pun :D

  6. aman says:

    yup, bak kata AfzaiAfandi , faktor persekitaran pun mainkan peranan gak..

  7. amirah says:

    saya nak tambah lagi satu “sebab yang melanda remaja sehingga mereka bermasalah”…
    saya bukannya nak tunjuk yang diri saya ni baik sgt..tp sekurg2nyer saya dpt menghindarkan diri saya drpd melakukan kesalahan2 yang x sepatutnya saya wat…
    di sini, saya ingin menyatakan bahawa remaja masa kini terlalu “easy going” dan mudah terpedaya dengan janji2 manis yang tidak diketahui pokok pangkalnyer…
    selain itu, remaja masa kini, perempuan terutamanya, mudah di bawa ke mana2 oleh sesiapa pun, sama ada kenal atau tidak…
    bak kata org, “asal boleh…je!!”..
    saya pun tak tau sama ada ini salah siapa…ibu bapa?? atau diri remaja itu sendiri????

  8. Syed Ikhwan says:

    remaja ni unik sket. :) mudah melenting dan terpengaruh dengan keadaan sekeliling. maka mereka mesti memilih rakan yang betul betul bagus.

  9. alina says:

    pada pendapat saya, kegiatan masalah yang dialami oleh remaja zaman sekarang adalah kerana pengaruh oleh rakan sebaya, media massa, diri sendiri, kekurangan kasih sayang oleh orang tua mereka, kurang didikan moral dan agama, persekitaran yang terlalu terdedah oleh budaya barat seperti, minum arak, melakukan maksiat dengan bebas, pergaulan antara dua jantina yang berbeza tanpa batas, memakai pakaian sendat atau tidak cukup kain kerana bagi mereka golongan yang perlakuan sebegitu adalah golongan yang dianggap HIGH-CLASS.

    Sikap remaja yang mempunyai daya pemikiran yang mentah dan masih belum matang senang terpengaruh dengan budaya barat yang sering kita lihat di muka-muka akhbar, seperti golongan punks, skinhead dan macam-macam lagi. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang biasa dengan adegan sebegini menganggap ianya sebagai perkara normal dan remeh-temeh. Perkara pertama yang kita perlu ubah dalam diri remaja ialah cara pemikiran mereka terhadap dunia, barulah kita melihat dari sudut pandangan lain seperti ibu bapa dan juga pengaruh yang lain.

  10. JENNY says:

    parents zaman sekarang nitak kisah pasal anak.mereka hanya mahu anak mereka lulus peperiksaan tetapi tiada masa untuk menagambil tahu masalah anak mereka

  11. hakimfaridzul says:

    em…itulah masalah remaja sekarang…dalam dewan perdebatan sekarang ni tengah “hot” tentang msalah remaja…

  12. nabila says:

    remaja sekarang x pk akhirat…aku pun sm…hrp2 insaflh kita…mati bile2 je kn

  13. wawan says:

    hola,important nie.help me plezz…pe pengaruh media massa kpd remaja

  14. maya says:

    remaja sekarang tiada jati diri dan dorongan dari ibu bapa.
    bapa borek, anak rintik. mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.
    anak umpama kain putih, ibu bapa yang mencorakkan. kembalilah ke pangkal jalan. rujuk semula al-quran dan sunnah yang menjadi pegangan dan rujukan kite semua.

  15. lydiaemilda says:

    kite tk bole salahkan semuanye kepada media dan mak bapak. remaja sekarang pun dah tk tao apa yang betul dan yang salah. memang parents got a part to play tapi mereka kerja and tak tao ape si anak dorang uat kt luar atau di sekolah. yang media tu.. actually some is for education. for the teens to trace back their misdeeds and to change the reality. and media sedarkan masyarakat melayu bahawa ada anak-anak watan kami yang berperangai sebegitu. macam anak metropolitan. its exactly what is happening kat luar skarang.

  16. emil-ly says:

    pada pendapat saya,ini semua kerana remaja sekarang kekurangan kasih sayang dari pihak-pihak tertentu. ataupun kerana ‘peer pressure’.
    media dan ibu bapa tidak seharusnya disalahkan semuanya kerana media adalah bahan untuk dipelajarkan.

  17. sherly says:

    remaja sekarang tidak berani menentang tuntutan budaya kemodenan…misalnya keegoan untuk mempelajari ssuatu…
    ada apa dgn kelab malam? mcm mana rasanya mcuba sstu yg salah?
    xmati pun mencuba….mencuba sstu yang salah adalah penujuan kearah kemusnahan…

  18. usri says:

    remaja perlu dididik bermula dari rumah, ibubapalah yg memainkan peranan terbesar dlm mendidik mereka, jika institusi keluarga telah runtuh, kita akan melihat keruntuhan akhlak remaja…

Leave a Reply