Blog ini hanya sesuai dilayari dengan menggunakan browser Mozilla FireFox dan Google Chrome. Sila klik butang di bawah jika anda masih tidak menggunakan Mozilla FireFox

Tipah Tertipu..!

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Berjumpa lagi kita hari ini. Ingatkan post yang lepas merupakan post yang terakhir sebelum saya kembali masuk belajar di madrasah (Insya-Allah saya pergi hari Sabtu ni - 27hb). Entah mengapa tangan ni gatal lagi nak menaip. Alah, cuma ingin kongsikan secebis cerita dari pengalaman Ibu saya siang tadi (25 Oktober 2007).

Klik imej di atas untuk paparan yang lebih besar

Pada pukul 2:30 petang tadi, Ibu dan Mak saudara saya pergilah ke Program Keibubapaan Bestari anjuran sekolah tempat adik saya menuntut. Katanya majlis ini bertujuan untuk memberi sedikit tips keibubapaan khas untuk Ibu Bapa yang anaknya bakal menduduki peperiksaan besar SPM seperti adik saya tu. Tetapi apa yang mengejutkan, program itu yang menjadi judul besar di pamplet cuma menjadi agenda sampingan sahaja. Apa yang lebih mendukacitakan, ianya bertukar menjadi majlis propaganda Barisan Nasional Negeri (Terengganu) dan Umno terutamanya.

Antara yang cuba di paparkan di skrin besar mereka ialah video - video yang penuh dengan propaganda murahan yang memualkan. Tiada kena mengena langsung dengan hal akademik para calon Sijil Pelajaran Malaysia 2007 (SPM 2007) dan ‘keibubapaan’ seperti yang di ‘claim’ pada pamplet majlis pada hari ini.

Penglibatan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)

Sesuatu yang pelik, kenapa sehingga JASA digunakan untuk memberi ceramah ‘keibupapaan bestari’ kepada Ibu Bapa dan penjaga? Jasa merupakan satu unit di bawah kementerian Penerangan yang saya percaya digunakan untuk menjalankan propaganda kepada hadirin untuk menerima Barisan Nasioanal dan menolakparti - parti lain dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Antara yang dilakukan mereka dalam sesi propaganda ini ialah;

- Menayangkan klip video Anwar Ibrahim yang dalam gaya berkhutbah dan kemudiannya menari (sperti yang dipaparkan di televisyen semasa Pilihan Raya Kecil di Ijok) dan mengatakan yang Anwar Ibrahim ini seorang yang ‘Talam Dua Muka’

- Menayangkan kenyataan bekas - bekas pengikut PAS (Parti Islam Se-Malaysia) yang memuji - muji pimpinan BN negeri.

- Mengugut guru - guru yang turut hadir supaya tidak menyerlahkan sokongan kepada PAS secara terang - terang.

- Cuba mengindoktrin para hadirin supaya percaya yang menyuapkan makanan ke mulut mereka dan anak anak adalah Kerajaan yang juga disinonimkan sebagai ‘Kerajaan’ Barisan Nasional.

- Di samping itu beberapa kali lagu rasmi Umno (Umno Terus Mara) berkumandang sepanjang sesi tanyangan klip video propaganda.

Apa yang kelakar (atau mungkin menyedihkan) ada antara hadirin yang keluar begitu sahaja kerana tak tahan mendengar propaganda wakil JASA, ada juga yang tertidur. Haha. Iyalah, mereka datang untuk menunjukkan ‘keperdulian’ mereka terhadap prestasi pelajaran anak - anak mereka. Sehingga sanggup ambil cuti atau tutup kedai untuk pergi ke majlis ‘keibubapaan’ ni, tapi rupa - rupanya… Tipah tertipu bang..!

Wakil dari PPD (Pejabat Pelajaran daerah) yang menyampaikan sedikit tips keibubapaan (yang kata Ibu, tips yang semua mak bapak tahu) cuma sempat berucap lebih kurang 15 minit walau majlis berlangsung lebih 2jam setengah..!

Di bawah ini saya kongsikan gambar barangan yang sempat dibawa pulang oleh Ibu ke rumah

Klik imej - imej di atas untuk paparan yang lebih besar

Apapun saya fikir ini semua terjadi kerana Kerajaan Negeri sekarang ini terdesak kerana peristiwa berdarah Batu Buruk yang tidak banyak menyebelahi mereka. Nasiblah…

Okelah, malas nak membebel lagi. Satu lagi saya nak jelaskan. Janganlah pula anda semua menganggap yang saya ni bersikap politik dalam isu ini. Secara kebetulan isu ini bersifat politik kerana situasinya memang politikal. Harap tiada yang mengadili dan menghukum saya dengan pendirian ini.

Terpulang apa pegangan dan ideologi politik anda, tetapi salahguna kuasa dan tempat seperti sekolah untuk tujuan pancing undi sesebuah parti bukanlah suatu yang suci dan mulia. Malah tidak menggambarkan peribadi Ulul Albab seperti yang dilaungkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu sekarang..!

Mohd Aizad Zulkifli

  1. 18 Responses to “Tipah Tertipu..!”

  2. Nampaknya BN dah terdesak, bagus artikel ko ni, jangan takut, pecahkan tembelang mereka, kalau ada video best nih leh gelak-gelak tengok propaganda diorang

    By Rjuna on Oct 25, 2007

  3. deris jusoh terdesak ..

    By adi on Oct 26, 2007

  4. Ekekeke.. :D

    By affuan on Oct 26, 2007

  5. Rjuna - Heh, tu la pasal. Ingat taknak tulis artikel ni. Tapi terpaksa gak ah. Kalao ada video lagi reallah haha..

    Adi - Betul tu terdesak selepas tersedak dgn kebangkitan rakyat.

    Affuan - Lawak ye..? :P

    By soulof99 on Oct 26, 2007

  6. macam2 cara dorang guna kalo nak menang…ini dah kes salah guna harta kerajaan!!

    By kumb@ng on Oct 26, 2007

  7. Itu tandanya pilihanraya semakin dekat.Kalau nak menang pilihanraya sekalipun gunalah taktik lain, jangan duk pakai taktik lama camni, orang dah muak dah :)

    By AfzaiAfandi on Oct 26, 2007

  8. kau buat pingback kat blog2 politik..pasti ramai yg komen dan ulas panjang lebar nanti :D

    By vangardx on Oct 27, 2007

  9. Cuba mengindoktrin para hadirin supaya percaya yang menyuapkan makanan ke mulut mereka dan anak anak adalah Kerajaan yang juga disinonimkan sebagai ‘Kerajaan’ Barisan Nasional.

    Bengong punya UMNO. Ingat yang memberi rezeki tu mung ke!! Yang memberi rezeki tu Allah S.W.T. Aku dok sokong UMNO(siap lawan lagi) pun molek2 ade buleh makan. Doh mung tu UMNO saper dia yang memberi rezeki?

    By Izo on Oct 27, 2007

  10. Tambah sket agi…
    Kata bengong kang maroh :D

    By Izo on Oct 27, 2007

  11. Sebenarnya byk lagi yang cuba wakil JASA tu hasut. Terutama memburuk2kan PAS secara berlebihan. Memang satu tindakan yang bacul serang orang yang tak dapat bertindak balas atau menepis serangan.

    Tentang ayat “menyuapkan makanan ke mulut” tu mmg diambil bulat dari mulut wakil JASA tu. Mmg naik bulu roma saya bila dengar ada manusia yg tak sedar diri meminta org lain berfikiran sepeti dia juga. Langsung tak terfikir semuanya dari Allah.. :(

    By soulof99 on Oct 27, 2007

  12. UMNO memang terdesak sekarang ….takut kalah ! Kita ajar dalam PRU 12 insya allah . Takbirr .

    By saff on Oct 27, 2007

  13. nk tak nk bonus kena bg arini…

    By Trojan on Oct 28, 2007

  14. hohooo…skoloh sape gop yang glamour?? huhhuuu

    By aizatul on Oct 29, 2007

  15. Mu nok tutuk guane gok Deris , lama-lama orang tau .. tapi nok kate guane, memang cara UMNO BN gitu..melawang ikuk cara org takuk kaloh,, dok sedor kediri..kiring salang ke Mat Said Kijal nun..

    By khairida on Oct 30, 2007

  16. Hm.. Propaganda melampau sepatutnya tidak berlaku di tempat-tempat awam..
    Hai.. tertekan sangat ke pemimpin di Terengganu tu??

    By zool on Oct 30, 2007

  17. hahaha tattau mcm mane tibe2 my browser terkeluar link blog ni, so saya pon bacelah..teringat zaman skolah dulu [1999] sek men seafield usj2 Subang Jaya, penah jugak mcm ni. i mean penah aa pengetue mcm nak poyo pasal BN time perhimpunan, mase tu ramai kantoi bwk tag justice for anwar and keadilan punye buttons kat beg..mmg la salah kalau berpolitik kat skolah tapi yg diorg berpolitik tu takpe plak?. i still remember they used to say “sekolah ini sekolah kerajaan! kite takbole tentang kerajaan!” hak puihhh! dan hingge skang masih lagi ade skolah2 yg mcm tu bile time nak pilihanraya. buduh la diorg ni. kat tganu plak tuh. jangan nak pro kerajaan sangatttlaaa kan…

    By jay on Oct 31, 2007

  18. ha’ahaa… cuba try buat pingback. nak tengok jugak respond mereka. manalah tahu lagi hot dan bergegar blog ini. masa untuk memeriahkan pilihan raya yang makin dekat. bleh try bubuh seokan dengan jayanya keyword pilih raya. wiahahahaaa…selamat maju jaya.

    pingback oh pingback

    By abdfatah on Oct 31, 2007

  19. Itulah tindakan politik terdesak BN, al maklumlah pilihan raya dah dekat. Nak buat majlis penerangan confirm org tak dtg. Sungguh malang kerana merka bukan membela nasib rakyat, tapi cuma membela perut mereka dengan kekayaan yg dicuri dari rakyat.

    Sama2 kita berdoa agar kemenangan pada pihak pejuang Islam sejati!!
    Allahuakbar !!

    By najib_success on Nov 5, 2007

Post a Comment