Buat Duit, Produk, Resell Right
- October 19, 2007
Buat duit dengan produk ‘Master Resell Right’
Assalamualaikum, dan salam buat duit semua.. Hari ni kita bercerita tentang produk ‘Resell Right’ pula. Apakah dia bendanya ni? Secara ringkas dan padat produk ini dari segi terjemahan ke Bahasa Malaysia ialah, produk yang mempunyai hak jualan semula (Erk… panjangnye…) Maksudnya, produk yang termasuk di dalam label ‘Master Resell Right’ ini memberikan kita hak menjual semula produk-produk tersebut. Apakah kelebihannya dan bagaimana pula kita boleh buat duit dengan produk resell rights?
IKLAN
Contoh laman web yang menjual barangan Master Resell Right
Master Resell Products
-
Kita boleh memiliki produk sendiri yang bagus dan mempunyai permintaan tinggi dengan lebih mudah.
-
Kita boleh menjual barangan tersebut pada harga yang anda tetapkan sendiri. Ianya terletak pada tangan kita sebagai reseller.
-
Tidak terhad untuk menjual produk-produk tersebut pada jumlah tertentu sahaja. Kita boleh menjual seberapa banyak yang anda suka. Adakah jumlahnya 10, 100, atau 1000 unit? Anda tentukan sendiri.
-
Memberi pulangan pelaburan (ROI – Return of Investment) yang tinggi. Bayangkan modal untuk anda dapatkan satu-satu produk yang mempunya hak jualan semula tersebut ialah RM45 sebagai contoh. Dengan hanya mendapatkan 2 atau tigak jualan, anda sudah boleh mendapatkan kembali modal dan membuat keuntungan.
-
Kita boleh setup pakej sendiri melalui produk2 perisian dan ebook yang mempunyai hak jualan semula. Contohnya kita boleh buat jual mengikut pakej tertentu seperti ‘pakej pemasaran’, ‘pakej webmaster’ atau apa sahaja yang sesuai dan berkaitan.
-
Kita juga boleh menjadikan produk-produk ini sebagai bonus kepada subscriber site/blog kita untuk tujuan marketing dan menambahkan pelawat dan pelanggan kita (sudah tentu ianya mendatangkan duit lagi kepada kita
) - Jika mahu, kita boleh membuat sistem affiliate kita sendiri dengan produk-produk ini.
Oke, itu sahajalah kot kelebihannya. Ada sesiapa nak tambah lagi? Hehe… tapi harus saya katakan, semuanya takkan menjadi jika tiada usaha. Segala kelebihan yang saya cuba paparkan di atas hanya akan jadi omong kosong jika tiada usaha dijalankan.
Nota : artikel di atas diubah suai dari salah sebuah tulisan dari blog lama saya.













7 Responses to “Buat duit dengan produk ‘Master Resell Right’”
thank for the intro of this website…
By iCalvyn on Oct 21, 2007
Sori, komen off topics.
ngko asal dungun ker?? kat mana dungung tu.. :)aku dulu bekas murid SMASID
By AfzaiAfandi on Oct 22, 2007
Ha’ah bro. Kat Dungun.
Dungun dekat dgn SMASID gak ah.
By soulof99 on Oct 23, 2007
aku kat kg. sg buaya..ngko kat depan SMASID ker kat belakang SMASID area Nibong tu..
Lening duk wak kije ape
By AfzaiAfandi on Oct 23, 2007
Apa pulak.. den kat kampung sungai buaya gak..
skrang ni den bljr kat pondok ah. Nak repair skit diri ni.
By soulof99 on Oct 24, 2007