Pengiklanan, Promosi
- October 16, 2007
Pengiklanan Piksel
Assalamualaikum, dan salam buat duit semua. Kali ni kita bercerita tentang ‘pengiklanan piksel’ atau ‘pixel advertising’ kata mat salleh. Secara ringkas, pengiklanan piksel ini bermaksud, iklan visual yang diletakkan pada satu - satu bahagian pada laman web dan mengenakan bayaran mengikut jumlah piksel yang digunakan.
Oke, saya bercerita sedikit mengenai sejarah pengilanan piksel ni;
Model pengiklanan jenis ini mula popular akhir tahun 2005 apabila seorang pelajar warganegara Britain, Alex Tew menghasilkan satu laman web khusus untuk pengiklanan jenis ini, iaitu milliondollarhomepage. Bayaran dikenakan USD1 bagi setiap piksel, dan setelah lima bulan, beliau berjaya menjual 1 juta piksel, bersamaan 1 juta USD! Hebat tak hebat penangan pengiklanan piksel ni?
Saya pun tertarik juga dengan teknik pengiklanan ini. Hehe, bukan berangan nak jadi macam Alex Tew tapi saja nak memperluaskan lagi perkembangan pengiklanan piksel yang dah sememang terkenal di Malaysia ni (ramai dah orang kita yang lakukan idea ini pun)
Apapun saya cuma ingin menawarkan rakan - rakan semua submit url blog dan website anda semua di ‘Laman Pengiklanan Piksel‘ yang telah lama dilancarkan oleh newbreeder.com (samada anda perasan atau tidak sahaja). Bezanya kali ini, jika dulu ruang piksel percuma ditawarkan, tetapi sekarang nampaknya dikenakan sedikit bayaran. Hehe… sekali sekala.
Berikut langkah demi langkah untuk men’submit’kan blog dan laman web anda;
* Memula klik link ‘Get Pixels’ kat atas sekali tu
* pastu klik button yang tertulis ‘Buy Pixels’ kat bawah sekali tu pulak
* pastu ambik mouse dan seret kat kotak2 kecik (pixel) tu mengikut jumlah piksel yang dikehendaki
* klik button continue pastu upload icon yang sesuai atau pilih je icon yang tersedia.
* pastu letak url blog / website dan maklumat - maklumatnya.
* klik button continue & masukkan email, continue
* continue
* return to homepage & siap..!
Iklan anda akan dipaparkan pada laman ini & di sini secara automatik selepas pembayaran dibuat (bayaran diterima melalui paypal dan e-gold).
Bolehlah tambah - tambahkan lagi Google Page Rank dan backlink blog dan laman web anda yang hebat - hebat belaka tu
P Klik sahaja ikon di bawah ni. Submit, jangan tak submit ya…













5 Responses to “Pengiklanan Piksel”
Amboi. Berbayar lah plak. Hehe.
By affuan on Oct 17, 2007
Hehe.. skali skala bro… test market. alah.. 0.08 sen je untuk 1 pixels.. murah je kan..
Lagipun memang dah terbukti meningkatkan PR blog mereka yg submit kt web pixel saya ni. Tak caya check sendiri
By soulof99 on Oct 17, 2007
Oke kat sini saya tambah bukti terbaru knp saya cakap ianya terbukti naikkan pagerank.
URL blog - http://videokuliah.blogspot.com/
tarikh submit - 12 oktober 2007
pada 27 Oktober 2007 (Hari ini) blog ini dah dapat PR2.
nota tambahan. Blog ni tak pernah di submit ke mana2 direktori atau lain2 method pengiklanan. Cuma di laman piksel saya ni je.
By soulof99 on Oct 27, 2007
Hello from Turkey! My Indonesian is not good but is seem like a very nice web site, thanks
By Green Card on Mar 14, 2008