Blog ini hanya sesuai dilayari dengan menggunakan browser Mozilla FireFox dan Google Chrome. Sila klik butang di bawah jika anda masih tidak menggunakan Mozilla FireFox

Rakyat kurang peka atau SPR yang lembab..?

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Untuk post kali ni, saya ingin meluahkan kekecewaan saya kepada pengurusan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, atau ringkasnya SPR.

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH SEHINGGA SUKU KEDUA TAHUN 2007

 

Klik imej di atas untuk paparan yang lebih besar

Menurut Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman, punca 4.9 juta rakyat Malaysia masih belum mendaftar sebagai pemilih ialah ;

Pertama - Kerana tidak berminat dalam urusan politik negara.

Kedua - Wujudnya sikap malas di kalangan golongan ini.

Ketiga - Mereka kata terlalu sibuk dengan urusan hidup seharian hingga menyebabkan mereka tidak sempat untuk membuat pendaftaran.

Keempat - Ada golongan yang menyatakan mereka tidak tahu di mana tempat untuk membuat pendaftaran.

Kenyataan penuh beliau di sini

Saya ingin menambah punca yang Kelima - Kelembapan cara bekerja SPR itu sendiri. Contohnya dalam kes saya.

Malam semalam, saya cuba untuk membuat semakan daftar pemilih untuk melihat samada nama saya sudah tersenarai dalam senarai pemilih berdaftar yang layak untuk mengundi dalam Pilihanraya Malaysia yang membolehkan saya menjalankan hak sebagai rakyat Malaysia yang merdeka.

Tetapi saya benar - benar kecewa bila mendapat tahu bahawa rekod saya ‘tidak dijumpai’ (rujuk gambar di atas). Walhal saya telah mendaftar pada 11 May 2007 yang lepas. Menurut SPR, daftar Pemilih sehingga suku kedua tahun 2007 ialah pendaftaran antara bulan April hingga Jun 2007..!

Huh, bengang juga perasaan saya sekarang ini, maklum pilihanraya akan diadakan bila - bila masa Pilihan Raya Umum ke-12 (Pemilu ke-12) akan diadakan kerana hanya Perdana Menteri Malaysia yang mempunyai ‘prerogatif‘ atau kuasa istimewa untuk membubarkan Parlimen yang membawa kepada Pilihan Raya Umum yang akan datang. Kebimbangan saya bertambah dengan melihat artikel ini.

Okelah, tak mahu membebel lagi. Di harapkan perkara yang dianggap remeh oleh sesetengah pihak ini diambil berat oleh SPR. Ingin saya katakan di sini, bukan golongan muda belia seperti saya tidak mahu terlibat dalam soal menjalankan ‘tugas patriotik‘ seperti mengundi dalam Pemilu, tetapi kesilapan dari pihak - pihak yang lain mesti diambilkira juga. Nampaknya saya terpaksalah mendaftar sekali lagi. Harapnya sempat sebelum Pemilu diadakan. :(

Mohd Aizad Zulkifli

  1. 15 Responses to “Rakyat kurang peka atau SPR yang lembab..?”

  2. dia orang mana buat salah.. diaorang Maksum.. bersih dari segala kesalahan dan ‘kekotoran’…

    diaorang provok ajer tu

    By adi on Oct 11, 2007

  3. Haha… entahlah bro. Pada saya kesedaran golongan muda tentang tanggungjawab mengundi ni sebenarnya berada pada tahap yang tinggi.

    Sepatutnya pendaftaran menjadi pemilih dibuat secara automatik selepas seseorang itu mencecah umur layak mengundi. Tak perlu nak susah - susah menuding jari kepada orang lain.. :(

    By soulof99 on Oct 12, 2007

  4. aku register bulan 4 pun rekod tidak dijumpai.. bukan SPR yg lembab tapi seksyen IT mereka yang lembab sebab lewat kemaskini data, ni ko leh report kat MAMPU.. biar mereka kena warning letter

    By emptyspace on Oct 14, 2007

  5. Rasanya bukan sebab tu bro. Saya fikir segala database pemilih dah diupload, sebab agak kelakar jika mereka tukar title kat page tu dulu, sebelum upload database.

    Sblm ni title dia “SEMAKAN DAFTAR PEMILIH SEHINGGA SUKU PERTAMA TAHUN 2007″ dan ditukarkan kepada “SEMAKAN DAFTAR PEMILIH SEHINGGA SUKU KEDUA TAHUN 2007″ baru2 ni.

    Apapun nampaknya saya terpaksa daftar lagi kot.

    By soulof99 on Oct 15, 2007

  6. daftar kat mana? boleh daftar 2 kali ke?

    By emptyspace on Oct 15, 2007

  7. Kat Post Office. Daftar 2 kali..? Entahlah, tapi saya akan periksa sekali lagi secara offline. Kalau takde juga barulah daftar. Maklum, sebab saya kemaruk sangat nak ngundi ni..! :P

    By soulof99 on Oct 15, 2007

  8. Aku 2 kali doh daftar, nama aku takdok pah sudoh. Panah sungguh aku. :( Kerajaan takut ngan kebangkitan rakyat ke? :D

    By Izo on Oct 24, 2007

  9. Haha.. tu lah pasal. Taktau sebab apa. Tapi katanya kt Terengganu byk kawasan termasuk yg dibantah. Bro nak ngundi di mana..?

    By soulof99 on Oct 24, 2007

  10. Kawe daftar ngundi di Kg. Atas Tol. Kenal dok? dekat Kedai Buluh.

    By Izo on Oct 24, 2007

  11. Ni yang masalah dgn saya ni. Harap tinggal T’ganu je, bukan kenal tempat pun. Stakat kenal nama je.. Maklum takde masa nak jalan2.. :P

    By soulof99 on Oct 25, 2007

  12. sa|am semua,
    Nak tanYa , saYa baRu masUk 21 taHun..
    maSih semPat ke naK dafTar sbG peNGundi sekiRa pi|ihanraYa jaTuh da|am awa| thN dpN? (e.g. JAN / FEB / MAC 2008)

    By a|akhyidan on Dec 17, 2007

  13. dah naik kali ke 3, aku daftar, nama aku pun tak naik-naik gak, first time tahun 1993…199??? and last one 2007, suwei-suwei…dah macam ni pun lagi nak menyalahkan rakyat kurang peka…dia orang tu PEKE sangat la ye!!!!rasanya database diaorang zaman batu punya kot????Nampaknye sampai mati pun aku ni tak mengundi le….last-last bila aku mati, orang lain le pakai nama aku, so lahir le ‘PENGUNDI ANTU’

    By liza on Feb 14, 2008

  14. Alhamdulillah…akhirnya nama aku naik jugak kat daftar mengundi. Last2 minit pulak tu :D Bengong punye SPR.

    Bertambah sorang lagi pengundi Barisan Alternatif ;)

    By Izo on Feb 14, 2008

  15. Alhamdulillah, dapat gak mengundi PRU kali ni. :)

    By soulof99 on Feb 28, 2008

  1. 1 Trackback(s)

  2. Oct 11, 2007: Malaysian Blogger Rss Feed » Blog Archive » Rakyat kurang peka atau SPR yang lembab..?

Post a Comment