Rakyat kurang peka atau SPR yang lembab..?
Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Untuk post kali ni, saya ingin meluahkan kekecewaan saya kepada pengurusan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, atau ringkasnya SPR.
Klik imej di atas untuk paparan yang lebih besar
Menurut Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman, punca 4.9 juta rakyat Malaysia masih belum mendaftar sebagai pemilih ialah ;
Pertama – Kerana tidak berminat dalam urusan politik negara.
Kedua - Wujudnya sikap malas di kalangan golongan ini.
Ketiga – Mereka kata terlalu sibuk dengan urusan hidup seharian hingga menyebabkan mereka tidak sempat untuk membuat pendaftaran.
Keempat – Ada golongan yang menyatakan mereka tidak tahu di mana tempat untuk membuat pendaftaran.
Kenyataan penuh beliau di sini
Saya ingin menambah punca yang Kelima - Kelembapan cara bekerja SPR itu sendiri. Contohnya dalam kes saya.
Malam semalam, saya cuba untuk membuat semakan daftar pemilih untuk melihat samada nama saya sudah tersenarai dalam senarai pemilih berdaftar yang layak untuk mengundi dalam Pilihanraya Malaysia yang membolehkan saya menjalankan hak sebagai rakyat Malaysia yang merdeka.
Tetapi saya benar – benar kecewa bila mendapat tahu bahawa rekod saya ‘tidak dijumpai’ (rujuk gambar di atas). Walhal saya telah mendaftar pada 11 May 2007 yang lepas. Menurut SPR, daftar Pemilih sehingga suku kedua tahun 2007 ialah pendaftaran antara bulan April hingga Jun 2007..!
Huh, bengang juga perasaan saya sekarang ini, maklum pilihanraya akan diadakan bila – bila masa Pilihan Raya Umum ke-12 (Pemilu ke-12) akan diadakan kerana hanya Perdana Menteri Malaysia yang mempunyai ‘prerogatif‘ atau kuasa istimewa untuk membubarkan Parlimen yang membawa kepada Pilihan Raya Umum yang akan datang. Kebimbangan saya bertambah dengan melihat artikel ini.
Okelah, tak mahu membebel lagi. Di harapkan perkara yang dianggap remeh oleh sesetengah pihak ini diambil berat oleh SPR. Ingin saya katakan di sini, bukan golongan muda belia seperti saya tidak mahu terlibat dalam soal menjalankan ‘tugas patriotik‘ seperti mengundi dalam Pemilu, tetapi kesilapan dari pihak – pihak yang lain mesti diambilkira juga. Nampaknya saya terpaksalah mendaftar sekali lagi. Harapnya sempat sebelum Pemilu diadakan.
This entry was posted on Wednesday, October 10th, 2007 at 6:33 PM and is filed under Demokrasi, Isu Semasa, Letusan Hati, Pilihan Raya. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.







adi October 11th, 2007 at 8:58 AM
dia orang mana buat salah.. diaorang Maksum.. bersih dari segala kesalahan dan ‘kekotoran’…
diaorang provok ajer tu