Affiliate, Buat Duit, PPC Program
- October 4, 2007
Pendapatan pasif untuk semua?
Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua. Topik kali ini sebenarnya amat menarik perhatian saya, dan mungkin mereka yang seperti saya – PEMALAS! Kebiasaanya manusia inginkan sesuatu yang mudah. Mungkin ada yang mengatakan pendapatan pasif ini semudah - “Kerja sedikit tapi untung besar” Heh… adakah benar kenyataan yang pendapatan pasif ini terlalu mudah?

Ya, mungkin ada sedikit kebenaran dari kenyataan itu, tapi harus diingat, - “yang pipih tak datang melayang, yang bulat tak datang bergolek”. Kita memang wajib berusaha. Kebiasaannya sumber pendapatan pasif ini memerlukan usaha yang giat setidak-tidaknya pada permulaan.
Mari kita teruskan. Apakah pendapatan pasif? Pendapatan pasif bermaksud hasil dari pelaburan perniagaan terdahulu yang diterima walaupun kita tidak lagi aktif melakukannya. Seperti maksud pasif itu sendiri iaitu tidak aktif. Pendapatan yang kita dapat kelihatan seperti tidak memerlukan banyak usaha.
Mari kita lihat pilihan yang boleh dibuat untuk mendapat pendapatan pasif:-
- Pay Per Click (PPC) seperti Google Adsense, Bidvertiser dan sebagainya yang membuat bayaran ke atas setiap klik.
- Pembangunan produk yang tidak terlalu memerlukan khidmat pelanggan dan boleh menjual secara auto seperti menerbitkan buku atau e-book atau CD/VCD/DVD anda sendiri.
- Membuat sistem affiliate anda sendiri yang menjual produk atau servis anda. Agen-agen anda akan mendapatkan pelanggan untuk anda.
- Multi-Tier affiliate program. Dapatkan agen yang lain untuk menjadi rekrut anda dan terimalah hasil dari jualan yang dibuat mereka.
- SEO, atau Search engine optimization. Penting bagi anda mendapat ranking yang tinggi di engin - engin carian untuk laman web atau blog anda yang menjual produk atau perkhidmatan. Engin carian ini akan membuat jualan untuk anda.
Mungkin ada banyak lagi pilihan untuk mendapatkan pendapatan pasif ini, tetapi saya ingin ulang, untuk mendapatkan pendapatan pasif ini memang memerlukan usaha yang bukan main – main. Lihat saja pilihan yang diberikan di atas, setiap satunya memerlukan gerak kerja yang padu dan bersungguh-sungguh. Apa yang lebih penting pendapatan yang pasif bukanlah untuk mereka yang PEMALAS!!!
Nota : artikel di atas diubah suai dari salah sebuah tulisan dari blog lama saya.












4 Responses to “Pendapatan pasif untuk semua?”
Huhu.. Orang yang malas sejak mula takkan dapat apa2..
Kena rajin mula-mula dan rajin kemudian.. Tapi kalau nak rajin mula-mula dan malas kemudian pun boleh tp kena mengikut terma dan syarat yg ditetapkan..
PS: Makin lawa blog ni soulof99..
By Fai on Oct 4, 2007
huhu..bnyk affliate link kat blog nie..atas bawah tu :p
By vangardx on Oct 4, 2007
Hi Fai.. Terima kasih kerana sudi lawat blog saya. Fai buat apa sekarang..?
vangardx - Hehe.. jangan tiru stail ni. Ini stail orang terdesak - gua masih menuntut kat sekolah pondok, bile time kena balik pondok, tiada lagi peluang untuk surf. Kiranya borong je lah kot2 ada yg masyuk..
Insya-Allah tahun depan akan dikurangkan. Jangan risau..
By soulof99 on Oct 4, 2007