Bebelanku, Ramadhan, Saja - Saja, Tag
- September 27, 2007
Tag: Virus
Assalamualaikum dan salam siber untuk semua. Untuk entry kali ini saya buat cuma untuk suka - suka sahaja. Lagipun ini semua pasal dah kena tag oleh seorang blogger yang famous - Kak-G.

Sejak bila anda mula berpuasa penuh??
Ntah..? Sejak tahun ni kot… ![]()
Pernahkah anda ponteng puasa dan apakah alasannya??
Kita ni manalah ada alasan nak ponteng puasa. Maklum - lelaki sejati ![]()
Adakah anda pernah bermain bunga api dan mercun??
Itu standard… Heh, biasalah tu. Tapi dah lama tak main pasal susah nak dapat dah sekarang (selain nak berjimat). Lagipun takde kroni atau sanak saudara dari penguatkuasa yang merampas barang – barang tu. Kalau ada, dah tentu mengalir skit kat sini ![]()
Juadah apakah menjadi kegemaran anda sewaktu berbuka??
Entah.. semua balun. Tapi kalau boleh memang nak makan murtabak dan kuih sekaya (pernah dengar tak?) tiap kali berbuka.
Lagu raya manakah yang anda suka??
Entah… Satu Hari di Hari Raya - M. Nasir kot.
Tahun ini anda beraya di mana??
Ishk.. ni yang sedih ni. Ingat nak balik Negeri Sembilan kek kampung den yang tercinto, tapi nampaknya tak jadi kot, sebab famili semua nak raya kat sini plak. Argh..!
Pernahkah anda bertugas di hari raya??
Tak pernah, sebab saya tak pernah bertugas…
Apakah kenangan paling manis di hari raya??
Kenangan manis dah tentu lah masa kecil dahulu. Keluar raya dengan member dan adik – adik dalam 5 – 10 orang gi round satu pangkalan (Dulu saya tinggal di Pangkalan TLDM, Lumut.) Habis semua tingkat blok didaki dan diserbu. Kecuali pintu yang ada sangkut daun kering kat atas palang pintu.
Oke, saya dah jawab soalan yang diberi. Saya teringin nak tahu apa pula jawapan dari mereka yang di bawah ni -
AlongVtx || Bro Walikard || PrinceQ || Ahmadridzuan || Cik Aidacutes || Syamsul Ariff (Vangardx) || Cyber-boyz












15 Responses to “Tag: Virus”
Aiseh..Belum2 dah kene tag kaa!? Hang memang zalim lerr soulof99..Hahaha..
Dlm kul 2.30 nanti aku jawap!
By princeq on Sep 27, 2007
oh..dua tag yg sama aku terima dari blogger yg berbeza..takpe2..jap lagi aku jawab
By vangardx on Sep 27, 2007
princeq - Hehe.. den mmg zalim. Kezalimanku melangkaui batas2 kemanusiaan..!
vangardx - jawab.. jangan tak jawab..
By soulof99 on Sep 27, 2007
olla olla, aku dah jawab dah..diaorang guna blogger, takde auto ping la..kena beritau manual
By vangardx on Sep 27, 2007
Orait… Thanx vangardx..!
Tula, blogger mmg camtu. Wordpress gak yang best (lupa daratan betul.. :P)
By soulof99 on Sep 28, 2007
tag jgn xtaq wehh
By waka on Sep 30, 2007
Waha.. encik waka. TQ ya coz sudi beri komen di blog yg x seberapa ni…
By soulof99 on Sep 30, 2007
Kui Kui Kui.
Dah kene tag, esok pagi sayer jwp. Hik Hik Hik. Lagipun dah lame x update blog. Sambil2 nak update lar nih. Hik Hik Hik.
By Cyber Boyz on Nov 11, 2007