Blog ini hanya sesuai dilayari dengan menggunakan browser Mozilla FireFox. Sila klik butang di bawah jika anda masih tidak menggunakan Mozilla FireFox

Panduan: Menulis E-buku

Assalamualaikum dan salam siber untuk semua. Anda minat untuk buat ebook? Ada idea, tapi tak tahu bagaimana untuk menjadikan ianya ebook yang berkualiti dan berbaloi untuk dibeli oleh bakal pelanggan anda?

Penulis E-book

Pemilihan Genre dan Judul.

Pilih genre yang sesuai untuk anda. Sesuai di sini bermaksud genre yang sesuai dengan kepakaran atau minat anda. Hal itu memudahkan anda memberi tumpuan untuk mengeluarkan output yang baik kepada penulisan anda.

Tapi harus diingat, itu tidak bermakna apa yang anda gemar akan ‘terjual’. Jika objektif asal anda ialah mengaut ‘jualan’.

Susunan Bab

Pastikan setiap bab disusun mengikut aturan. Langkah demi langkah. Mana yang dahulu didahulukan dan yang yang kemudian di kemudiankan.

Ejaan dan Stuktur Ayat

Pastikan ejaan dan struktur ayat betul. Perkataan, perenggan, tanda koma, nokhtah dan lain – lain diletakkan dengan sempurna.

Anda tak perlu mencipta ayat yang terlalu berbunga – bunga dan berbelit untuk menulis ebook yang berbentuk panduan dan tips terutamanya. Ayat yang digunakan seharusnya ringkas dan mudah di baca dan difahami.

Kalau perlu upah seorang proofreader untuk menyemak kesilapan kesilapan ejaan dan sebagainya.

Okelah itu dia 3 panduan sebagai permulaan. Mungkin akan saya tambah untuk entry yang akan datang. Apapun buat yang masih tak tahu, saya ada publish satu ebook tahun lepas. Saja nak nak promote untuk yang masih belum tahu tu. Ebook ni berjudul ‘20 Langkah Mengatasi Stress

Iklan sikit - Untuk panduan yang lebih professional dari penulis ebook rajaadsense.com bolehlah dapatkannya di sini. Dari cara memulakan penulisan, sehinggalah kepada cara bagaimana untuk design cover ebook dan bagaimana menjual idea anda itu. :)

Mohd Aizad Zulkifli

This entry was posted on Wednesday, September 26th, 2007 at 9:34 pm and is filed under E-buku, Produk, Tips & Tutorial. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Be the first to leave a comment.

Leave a Reply