Bebelanku, Belasungkawa, Isu Semasa, Jenayah
- September 21, 2007
Belasungkawa Buat Famili Nurin
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya tidak dapat menahan kesedihan bila melihat dari kaca TV bahawa mayat yang ditemui dalam sebuah beg pakaian di sebuah premis perniagaan di Jalan PJS 1, Petaling Jaya Utama 17 hb yang lepas ialah milik Adik Nurin Jazlin Jazimin.

“Ya Allah, jadikan dia keuntungan kepada kedua ibubapanya, menjadi perbendaharaan, pengajaran, dan syafaat di kemudian hari dan beratkanlah dengan sebab kematiannya itu timbangan kebaikan kedua ibu bapanya sepeninggalannya dan janganlah engkau luputkan bagi mereka ganjaran yg diterimanya”
Seperti yang kita tahu, dari semalam lagi ujian DNA telah mengesahkan yang ianya memang mayat Adik Nurin Jazlin Jazimin, tetapi kedua ibu bapanya tidak mengakui, tetapi setelah ujian DNA kedua dilakukan, dan kesangsian terhadap struktur gigi Allahyarham dapat diperjelaskan, barulah mereka dapat menerima yang itu mayat Allahyarham.
Setakat ini si penjenayah terhadap Allahyarham masih tidak dapat diketahui. Perasaan kita sebagai seorang yang hanya mengenali Allahyarham dari peti televisyen dan radio pun tidak dapat dibendung kesedihan dan kemarahan kita terhadap penggila yang membunuh dan menyeksa Allahyarham, apalagi perasaan ahli keluarga Allahyarham. Diharap penjenayah binatang itu segera diketahui supaya pengadilan dapat terlaksana. Amin..












4 Responses to “Belasungkawa Buat Famili Nurin”
Salam..Sy pon tumpang sedih keatas kisah yg tragis ini. Terlalu sebak yg tak tertahan. Apatah lagi dalam bulan puasa camni, nak raya, keluarga mereka diuji dengan ujian yang amat getir. Semoga mereka tabah..
p/s: thanks lawat site JMnet. Sy dah letak link site awk.
By Soha on Sep 24, 2007
Erm.. itulah. Sehingga sekarang masih tak dapat tangkap si durjana tu. Marilah kita berdoa bersama supaya dia cepat ditangkap.
p/s: Alamak.. saya saja je gurau tu. BTW thanx bro..!
By soulof99 on Sep 24, 2007