Blog ini hanya sesuai dilayari dengan menggunakan browser Mozilla FireFox dan Google Chrome. Sila klik butang di bawah jika anda masih tidak menggunakan Mozilla FireFox

Irama Pluralisme di Malaysia.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Maaf semua, hari ini pun kita berbicara tentang isu semasa lagi. Artikel tentang bisnes, belia dan yang berkaitan tak dapat disiarkan lagi. Apapun isu yang ingin dibawa kali ini tidak kurang penting kepada kita - belia muslim di Malaysia.

 

Gerakan Positif | Positive Movement

Penganut Kristian boleh menyediakan makanan untuk sahur dan penganut Islam pula boleh duduk dan makan bersama. Ini bukan suatu yang baru. Kami sudah menjalankan program seperti ini sejak 2005,” katanya lagi.

Nampaknya fahaman dan ideologi pluralisme dari negara jiran kita, Indonesia telah semakin menggugat kesucian agama Islam di negara ini. Berita lanjut - mstar.com.my. Erm.. apakah pandangan anda tentang isu ini? Pada saya ianya satu perkara yang agak keterlaluan. Bukanlah tidak boleh kita sebagai muslim bercampu dan bergaul dengan mereka yang berlainan agama, tetapi bukanlah sehingga kita perlu bersahur atau melakukan apa - apa kegiatan di rumah ibadat agama lain untuk menunjukkan yang kita ini terlalu terbuka.

Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat saya, malah mungkin beranggapan yang saya ini seorang jumud dan fanatik agama tetapi saya yakin, ramai lagi yang setuju dengan saya. Malah, mungkin nadanya lebih keras. Diharapkan pihak yang bertanggungjawab terhadap kemurnian agama suci Islam supaya mengambil tindakan yang sewajarnya.

 

Mohd Aizad Zulkifli

  1. One Response to “Irama Pluralisme di Malaysia.”

  2. ???? ???? ??????????? ???????. ??????????? ?????? ??? ???? ?? ???????? ?????? ???????????. ?????, ?????????? ?????????? ?? ????. ?????? ?? ?????? ?????????????? ? ?????????? ???????????, ???????? ????? ???????????.

    By Webmaster on Nov 15, 2008

Post a Comment