Blog ini hanya sesuai dilayari dengan menggunakan browser Mozilla FireFox dan Google Chrome. Sila klik butang di bawah jika anda masih tidak menggunakan Mozilla FireFox

Ada Lagi Yang Hilang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Erm.. masalah betul sekarang ni. Tiap - tiap hari ada sahaja berita tentang kes - kes jenayah di negara yang kita cintai ini. Lebih - lebih lagi kes penculikan kanak - kanak. Selepas yang paling heboh sekarang ini yang sudah berlarutan sejak 22hb Ogos yang lepas iaitu kehilangan Adik Nurin Jazlin Jazimin, kini seorang lagi kanak - kanak telah dilaporkan hilang.

Adik Norashila Jaafar

Adik Norashila Jaafar , 12 (gambar) dikatakan hilang selepas pergi ke surau berhampiran rumahnya untuk solat sunat tarawikh. Nampaknya kes sebegini semakin menjadi - jadi. Saya berpendapat ini berpunca dari kecuaian ibubapa dan penjaga sendiri yang membiarkan anak dan tanggungan keluar bersendirian.

Saya bukanlah hendak mempersalahkan ibubapa dan penjaga seratus peratus kerana itu bukanlah sikap yang wajar, tetapi tahu sahajalah dengan keadaan ekonomi yang tak begitu baik dengan kadar inflasi yang dihadapi rakyat sekarang ini, sudah tentu ramai yang terdesak untuk mencari sumber kewangan walau terpaksa melakukan jenayah :(

Jadi, buat mereka yang bertanggungjawab untuk melindungi kanak - kanak terutamanya kanak - kanak perempuan mengelakkan kecuaian supaya musibah sebegini tidak menimpa kita.

Apapun, jika anda mempunyai sebarang maklumat tentang Adik Norashila, sila hubungi 019-3426937 (En. Jaafar)

Berita lanjut - Utusan Malaysia

Mohd Aizad Zulkifli

  1. 2 Responses to “Ada Lagi Yang Hilang”

  2. Saya dapat tahu semalam, yang Adik Norashila Jaafar dan 2 lagi sebenarnya lari dari rumah, bukanlah diculik. Huh, apa nak jadi dengan budak2 zaman sekarang ni. Buat penuh space blog den yo… :P

    By soulof99 on Sep 19, 2007

  1. 1 Trackback(s)

  2. Oct 3, 2007: Malaysian Blogger Rss Feed » Blog Archive » Ada Lagi Yang Hilang

Post a Comment