Selamat Berpuasa Semua..!
Assalamualaikum semua. Hari ni saya tak mahu cakap banyak, cuma ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam. Esok kita akan mula berpuasa. Malam ini pun sudah mula bertarawikh.

Seperti yang kita tahu, tuntutan berpuasa ini bukanlah di perintahkan oleh Allah secara sia - sia. Banyak hikmah dan kelebihan yang terdapat dalam bulan yang mulia ini. Antaranya menginsafkan kita tentang nasib mereka yang serba kekurangan dan meningkatkan solidariti kita sebagai muslim di seluruh dunia. Bulan Ramadhan juga terkenal sebagai bulan ‘Madrasah Ruhiyyah’ yang melatih hati dan nafsu supaya tunduk kepada tuntutan agama.
Okelah semoga puasa dan segala ibadah kita dapat meningkatkan lagi keimanan kita kepada. Diharapkan juga kita mendapat Malam Lailatul Qadar yang menjanjikan ganjaran pahala seumpama beribadat seribu bulan. Amin…











