Ada Lagi Yang Mati.
Assalamualaikum semua. Entry kali ini mungkin tiada apa yang menarik, cuma ingin membebel tentang insiden buruk yang berlaku di negeri ini (Terengganu) malam tadi.

Semalam, kira - kira pukul 10:00 malam telah terjadi pertempuran hebat antara pihak polis dan kumpulan belia yang ingin mengikuti ceramah anjuran BERSIH (Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih).
Apa yang dikesalkan oleh saya, ialah cara menguruskan situasi sehingga insiden yang terburuk dalam sejarah berdemokrasi di negara ini. Ini kerana ketika insiden ini terjadi kebanyakan yang terlibat adalah anak muda yang sudah tentu bersikap rebellious dan berdarah panas.
Satu lagi yang lebih mengesalkan ialah tindakan pihak polis memulakan ketegangan dan menggunakan peluru hidup untuk meleraikan hadirin sehingga dua orang pemuda cedera parah terkena tembakan (keadaan terkini masih lagi tidak diketahui). Sepertinya tindakan ini melambangkan polis sedang berhadapan pengganas dan perompak yang ganas. Sungguh memalukan.
Diharapkan untuk masa yang akan datang pihak polis yang ditugaskan bijak untuk mengawal keadaan. Kalau boleh dihantar berkursus tentang cara - cara pengurusan situasi.
Dibawah ini saya sertakan pautan web dalam dua versi yang berbeza tentang insiden malam tadi. Gunakan akal sihat anda dalam melihat insiden ini.












5 Responses to “Ada Lagi Yang Mati.”
Uiks? Kenapa sampai kena tembak? Bahlol betul la.
By affuan on Sep 10, 2007
Tu lah pasal. Dah hilang akal agaknya. Takpun dah jemu gunakan water cannon dan gas pemedih mata. Skali skala nak gak guna pistol yang dah bersawang..
By soulof99 on Sep 11, 2007