Bebelanku, Merdeka, Saja - Saja, Tag
- August 30, 2007
Tag Yang Menggila..!
Assalamualaikum & salam kemerdekaan untuk semua. Hari ni kita berbicara tentang kemerdekaan sedikit. Malam ni pun mungkin ramai yang akan keluar rumah beramai – ramai untuk ‘berfiesta’ menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia ke – 50. Esok pula melihat perarakan. Itulah yang dilakukan sebahagian besar rakyat Malaysia (seperti tahun – tahun yang sudah). Itu sahajalah pengisiannya setiap tahun, dan setelah itu semuanya jadi lupa, dan tidak tahu apa sebenarnya yang disambut mereka.

Apa pulak mesej imej kat atas tu? Sengaja saya cipta untuk menunjukkan yang kita sebenarnya masih tak faham erti kemerdekaan yang sebenar. Bila orang laungkan merdeka, kita sekadar tumpang sekaki tanpa mengerti apa – apa.
Tangan yang terbuka dan diangkat ke atas melambangkan semangat kita untuk mempertahankan kemerdekaan. Manakala tangan yang digenggam pula melambangkan perjuangan kemerdekaan. Nah, lihat sahaja diri kita dan sekeliling, dan tanyakan pada diri, apakah kita sudah benar – benar merdeka?
Apakah pemikiran kita tidak terjajah? Apakah belia kita tidak terjajah? Apakah masyarakat kita tidak terjajah? Apakah ekonomi kita tidak terjajah? Apakah keselamatan kita tidak terjajah? Apakah? Apakah?
Jadi, mari kita sama – sama menggenggam tangan membebaskan diri kita dari apa sahaja yang membelenggu dan menjajah kita selama ini.
Apapun petang tadi saya dapat tag dari Along penggila.com. Di bawah ni jawapan – jawapan saya. Entah betul atau tidak cara saya jawab ni pun tak tahulah. Maklum, baru pertama kali kena tag ni…
5 perkara yang anda tak tahu tentang saya.
1.Sudah tidak mencari lagi?Heh, mencari? Mungkin tidak kot. Tugas tu saya serahkan pada Ibu saya yang tersayang. Maklum, saya ni ‘anak emak’
Apapun jika ada yang ‘mencari’ saya, dengan rela hati dan tangan terbuka saya pertimbangkan
2.Memang sudah menjadi tabiat sebutan ‘… gila’ digunakan sehari-hari sejak ianya popular di zaman sekolah sampai sekarang.
Ntah kenapa dah terbiasa begini, bukan Along (penggila.com) je ada tabiat camtu, saya pun sama. Tapi mungkin lain skit. Contohnya seperti ; – Sedap gila, best gila, bengang gila, dan lain – lain lagi. Walaupun tabiat tu cuba dikurangkan sekarang ni.
3.Chatting! Apa benda chatting?
Masa dulu – dulu, rajin gak buat benda – benda ni. Terutama di Mirc & Y!M. Tapi sekarang dah kurang, kalau ada pun stakat di Y!M, itupun sekali sekala.
4. IT dan seumpamanya adalah rakan karib.
Boleh dikatakan begitu, terutamanya PC di dalam bilik dan internet, kerana tanpa internet, PC bagai tubuh yang tidak bernyawa.
5. Apa – apa hal, email dulu.
Setiap kali buka browser mozilla di pc, pertama skali yang dibuat ialah log in email di yahoo, lepas tu buka limewire untuk muaturun apa yang patut.
Okelah, itu sahaja buat kali ini. Saya sengaja tak tag rakan – rakan lain, risau semuanya tengah sibuk sambut merdeka sekarang ni.












2 Responses to “Tag Yang Menggila..!”
Saya tertarik dgn blog anda. sudah tentu anda mendapat pulangan yang amat baik.berapa pendapatan anda sekarang dan bagaimana anda membina blog yang sebaik itu?
By kamarudin on Sep 4, 2007
Baik? Tak adalah… pulangan bulanan setakat ni setakat mampu buat belanja kopi jer. Lagipun sekarang ni tumpuan tak dapat nak diberi sepenuhnya kerana masih mengaji agama di salah sebuah pondok di Terengganu ni.
Nak online pun tak berkesempatan. Cuti baru boleh surf internet. Apapun insya-Allah saya akan serius lepas habis belajar nanti (mungkin pertengahan tahun hadapan)
By soulof99 on Sep 5, 2007