Blog ini hanya sesuai dilayari dengan menggunakan browser Mozilla FireFox dan Google Chrome. Sila klik butang di bawah jika anda masih tidak menggunakan Mozilla FireFox

Apa Masalahnya..?

Assalamualaikum, dan salam untuk semua. Erm, makin hari terasa berat untuk mengupdate blog ni. Haha, bukan apa, idea memang banyak tetapi terpaksa tangguh kerana satu faktor – MALAS. Argh, memang berat penyakit ni. Apapun saya akan cuba teruskan perjuangan ini.

Tentang kegiatan buat duit di internet, tiada apa yang menarik. Cumanya dapatlah sedikit bayaran dari BidVertiser dan Text Link Ads baru – baru ini yang bolehlah dikatakan sekadar menjadi ‘pengeras’ kepada akaun paypal saya. Maklum, tiada masa untuk memberikan konsentrasi dan fokus yang sepenuhnya dalam dunia ebiz / buat duit di internet ni.

Klik di sini untuk artikel penuh…

Perutusan: Aidilfitri 1429 Hijrah

Assalamualaikum, Apa khabar semua? Di sini saya cuma ingin ucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua umat Islam yang mengunjungi blog saya ni. Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf zahir dan bathin kepada anda semua samada yang mengenali saya secara langsung atau secara online / maya. Manalah tahu jika saya ada terkasah bahasa atau mengganggu jiwa dan fikiran anda semua.

Buat yang pulang ke kampung halaman lebaran ni, pandu / tungganglah dengan cermat. Ingatlah orang yang tersayang… :D

 

Mohd Aizad Zulkifli

Kem Ihya’ Ramadhan – Smart Solat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera untuk semua,

Bertemu lagi kita kali ini. Untuk entry kali ni saya taknak cakap atau membebel panjang cuma nak berkongsi sedikit pengalaman dengan para pembaca setia blog ni (ada ke?)

Erm, 9 Sept – 11 Sept yang lepas saya telah terlibat sebagai tenaga pengajar (fasilitator) dalam program Kem Ihya’ Ramadhan – Smart Solat anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Paka (SMKSP) yang bertempat di Masjid Jame’ Paka, DUNGUN Terengganu. Program anjuran pihak sekolah ini khas untuk 61 orang pelajar lelaki tingkatan satu. Sepanjang program ini, para peserta dibawa untuk menghayati solat dan juga memperbetulkan solat mereka. Selain itu pengisian kerohanian juga turut diterapkan.

 

Klik di sini untuk artikel penuh dan koleksi foto…

Google Chrome

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Mungkin agak terlewat beberapa hari, tetapi saya masukkan juga sebagai rujukan. Google Chrome adalah satu browser yang dibangunkan oleh Google Inc. Masih dalam versi beta.

Google Chrome

Google Chrome

Saya pun baru sahaja install browser ini dan berpuas hati terhadap prestasinya setakat ini. Okelah, buat mereka yang masih belum lagi mendapatkannya, bolehlah download di sini

Hentikan Lakonan..!

Assalamualaikum, dan Salam Sejahtera untuk semua.

Nampaknya kegiatan politik murahan dari pihak yang tidak bertanggungjawab tak habis – habis lagi. Agak meloyakan bila saya terbaca di Utusan Online petikan berikut.

Klik di sini untuk artikel penuh…