Assalamualaikum dan salam untuk semua. Kali ni sengaja saya update blog ni untuk sekadar memberitahu yang saya masih lagi bernyawa (sehingga entry ini dipublished). Erm, ada beberapa perkara yang saya rasa nak kongsikan, tetapi terpaksa dibatalkan kerana rasa tak kena plak, baru update dah nak komen itu ini, tak puas hati sana sini. (Tapi memang itu adat orang muda betul tak?) Masa pulak agak suntuk kerana saya perlu kembali ke pondok selepas ambil cuti beberapa hari untuk ke Kedah hari Khamis yang lepas.

Klik di sini untuk artikel penuh…

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.
Erm, sebenarnya agak malas untuk saya menulis entry kali ini. Bukan apa, kelihatan seperti sudah terlalu jauh dari ‘tema utama’ blog ini – Belia Gemar Bisnes. Tapi apa boleh buat, saya harus juga menulis.
Pilihanraya Umum ke 12 telah seminggu kita tinggalkan, tetapi bahang perubahan masih belum reda. Kekalahan besar Barisan Nasional (BN) telah kita ketahui. Tapi apa yang kurang menyeronokkan, dua tiga hari ini api perkauman kembali disemarakkan. Isu – isu perkauman dimainkan oleh pihak ‘opportunist’ Umno / BN. Lebih – lebih lagi setelah Ketua Menteri baru Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengisytiharkan penghapusan (pemansuhan) DEB (Dasar Ekonomi Baru) dalam pentadbiran kerajaan campuran Pulau Pinang.

Apa yang sebenarnya berlaku?
Klik di sini untuk artikel penuh…
Siapakah Yang Akan Mendaulatkan Islam Ini?

Ya Akhi,
Roda Islam itu berputar, sekali di atas sekali di bawah. Engkau hendaklah sentiasa bersama – samanya. Islam pada suatu hari menjadi dagang. Apabila tiba masa itu engkau hendaklah sentiasa bersamanya walaupun terpaksa memamah pucuk – pucuk kayu. Namun, jangan engkau dagangkannya sebelum tiba masanya. Jangan ya Akhi.
Ya Akhi,
Kepada siapakah engkau hendak amanahkan perjuangan menegakkan Islam di atas muka bumi ini. Di atas bahu Musyrikinkah atau di atas bahu Munafikin? Apakah engkau ingin melihat kemenangan Islam dengan tangan perjuangan sahabatmu sedangkan tanganmu berpeluk tubuh dan terbelenggu?
Ya Akhi yang sedang membaca warkah ini. Kepadamulah ditujukan amanah ini. Atas dasar Islam itu tinggi, bantulah meninggikannya dengan tanganmu sendiri. Tangan yang akan menjadi saksi di akhirat kelak.
Salam Perjuangan.
Nota kaki: Nota @ Warkah di atas saya kutip dari risalah yang diedarkan di masjid kepada para jemaah solat Jumaat tadi.

Assalamualaikum dan salam pilihanraya untuk semua. Huh, lama benar tak update blog ni. Naik bersawang dah ha…

Tapi, kali ni pun bukan ada cerita yang menarik, cuma sekadar untuk update blog ni dan berceloteh sedikit tentang Pilihan Raya ke 12 Malaysia. Kehangatan Pemilu @ PRU kali ni masih belum terasa sepenuhnya pada saya. Lebih - lebih lagi kerana saya sekarang ni bertugas di salah sebuah Markaz UPU (Unit Peti Undi) di Terengganu. Parti mana..? Anda teka sendiri…
Klik di sini untuk artikel penuh…
Comment (1)