Qaseh Qmal
dEaR diarY ~ stOry mOry tenTang seOrang buDak pRaU yanG entaH haPe-haPe mengaRutnya..~ [o][x]
  • Home
  • It’s My Life!!!
  • Links

tOlong ingatkan saya!!!

myself, tazkirah remaja, thanx Allah 1 Comment »


Tolong ingatkan saya

andainya saya terlupakan Tuhan

dalam kelapangan dan kesibukan

dalam kesenangan dan kesusahan.

Tolong ingatkan saya

Jangan jadi anak derhaka

Mak ayah dilupakan jangan

Usah diluka hati dan perasaan

Tolong ingatkan saya

Supaya ingat pesan guru

bukan sekadar peringatan

Tapi tarbiyah berpanjangan

Tolong ingatkan saya

Dengarlah dan bacalah al-Quran

tika radio penuh hiburan

tika televisyen penuh Hindustan

Tolong ingatkan saya

Di mana Islamnya zahirku

Jika aurat didedahkan

Disingkat,diketatkan dan dijarangkan

Tolong ingatkan saya

Jadilah sahabat yang baik

Sentiasa memberi peringatan

Sentiasa menerima teguran

Tolong ingatkan saya

kalau bercinta biarlah kerana-Nya

dalam memilih utamakan iman

kelak ikatan dihindar syaitan.

Tolong ingatkan saya

Hidup ini satu kembara

Kutiplah mutiara dalam perjalanan

Moga di sana menjadi bekalan

Tolong ingatkan saya

Diri ini milik Kuasa

Kepada-Nya jiwa diserahkan

Segalanya Dialah tumpuan……..


October 21st, 2008 |



Program Langkah ke Menara Gading Tanpa Dadah..

kUSOD No Comments »

Program Langkah ke Menara Gading Tanpa Dadah..


tarikh:19 Oktober 2008

tempat:Muzium Negeri Terengganu.

Anjuran: Universiti Malaysia Perlis(UniMAP)

dengan kerjasama

Unit Pendidikan Pencegahan Dadah

Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu




Pagi tu aku bertOlak dari umah pukOl 6.25…hahha…macam pe je g skolah awal2…

nape ehh aku g skola awal2??pelik betol…

owhhh…aku de prOgram kat Losong upenyer..hiihi…

kiteowang btOlak pukOl 6.45pagi…sape yg pegi eyh???ckgu Marzuki,marwan, asilah ngan aku la..aizatul..hiihi…

dalam kreta aku duk senyap jer..yer la, mane la aku neyh reti bcakap, xberape kamcing kan..hihi..

sO denga je la ckgu ngan marwan bOrak…kdang2 nak tegelak gak denga cikgu wat lawak..hahah..xsangka la plak ckgu tuh suke buat lawak…lawak2 die slambe plak tu..hehhe..

crita punya cerita, tetiba, bruKkk..brUUkkk… “perOt…perOt berbunyi..” hahah..nada crita wOnderpet..

brenti la makan kat marang…

then kita terOskan pjalanan ke Muzium trg….Setibanya kat sane, fuhhh…

ramai nyer owang…wat kenduri ke ape..haha..rupe nye ramai da yang sampai…Ops…kiteorg lewat ke???adOIii…

Fuhh..tingginyerh tangga neyh…lelah ambe manjat..adeh…kalO ade lift kan bagus..hahah…

setibenye kat atas, g la beratur daftar nama…Pusing blakang, “eh.mane plak si asilah nie pegi?? aish g tandas kOwt…biarlah”

“alamak aku nak duk mane neyh??” eh, marwan,nak duk mane neyh?? “ala,duk je sini”

Dengan boring nyer,aku duk la tunggu ceramah pe die nak bagi..adOi…lambat betOi…

aik??dengan kepelikan,aku bace progam yang disusun, “pndaftaran 7.30 pagi??,skarang da pukul 9.00am” emm..biau lah..lambat la balik nampak gaya nyerh…

then kiteorg dibawe masoK ke dewan Mandalika, erk….aku kene duk blakang??adeh,da nasib…

da la mate xberape nak nampak…kepale bebudak nie tinggi2 plak tu..adoi..sabar..sabar…

warghh..tanpa diduga…mereka memprOmOtekan universiti mereke…huk3…

UniMAP..wahhah..aku ngan asilah da tegelak da time 2… “aish silah,ckgu salah pilih orang neyh.”

adOiii..ade ke aku yang ambik aliran kemanuiaan neyh dipilih g pRogram macam neyhh..adei.. da lah sume kat UniMAP tu aliran sains je smua…aishh..da nasib..denga je la..huhu..

uish boring tul ceramah neyh…skOdeng orang la jap…skOdeng punye skOdeng… adeiii..

saket kepale ku datang balik..warghh…myesal ambe skOdeng td..huuhu..

sakit gile kpale…

dalam pukul 10.30,kiteorg diberi rehat…apelagi,smua menuju ke tandas..hahah..sejOk weii…

kite ber3 pown pegi la cari tandas…mane plak la tandas nie..adeii…pas abis tuh, aishh…ape agi, round2 la…hahha…

then masuk la balik dalam dewan Mandalika tuh, arghh…smakin sakit kepale ku…owang u sibOk cakap kat depan,aku sibok picit kpale yang berdenyOt tu..hiihi..tetiba aku tertarik mendenga pengakuan dari seorang Pengetua Pondok Remaja Inabah,trg iaitu seorang bekas penagih dan pernah ditahan di lokap kerana mencuri hak FELDA..

aku amat tertarik dengan kata2 beliau…

“ janganlah kita MENUNJUK PANDAI,tp elOklah kita PANDAI MENUNJUK”

ade satu lagi ayat beliau,tp time 2 pening yang telampau, ah… ingat dalam otak je la..balik umah da xingat..hihi..

pas abis smua tuh. “makan” tyme..haha..aku makan skit jerh..adeii xslera betOii…Then pe agi rOund2 kat mUzium tuh kejap je…xbleh kene matahari saket lagi kpale..huuh.

balik tu singgah jap kat MYDIN MALL…adeii…leteyh round2..kul 3 balik… sampai kat umah dalam pukul 5 lebeyh…

balik terus tidO..haha…leteyh weiii….


October 21st, 2008 |



~Demi Cinta Suci~

lagu fav No Comments »

Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
Pernah hatiku luka pedih
Kerana dicalari cinta penuh duri
Lemas aku dalam dilema
Kata janji manis sungguh tak bermakna

C/O :
Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa
Kau sebutir pasir tak berharga

Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa

Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci
Tiada terbanding dengan cinta yang kau beri
Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya
Menyubur iman di dalam jiwa

Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa
Demi cinta hakiki
Ku sanggup redahi apa yang terjadi

Apalah erti cinta suci
Andai janji-janji sering dimungkiri
Apalah erti cinta murni
Andai kata-kata sering didustai


October 18th, 2008 |



Dia hadir dalam hidupku

tazkirah remaja, thanx Allah No Comments »

a

Dulu
aku pernah mengecapi kebahagiaan, bersama-samanya aku leka, menghabiskan masa yang sepatutnya terisi dengan kegiatan yang lebih berfaedah. Walaupun di batasi benua, kami masih dapat mengekalkannya. Sehinggalah, pada suatu hari, di saat hati kami tidak lagi bersatu, bersangka baik dan tolenrasi tidak lagi menjadi pegangan. hati sakit. jiwa pedih.

Dan pada saat kekecewaan itu,
Kau hadir dalam hidup ku. mengetuk pintu hatiku. membawa seribu pengertian. tidak tergambar riangnya hati ini. Baru ku sedar, sudah lama Kau menabur benih kasih sayang terhadap ku. Cuma aku yang dalam ketidak sedaran. Sepanjang perhubungan ini, belum pernah Kau sakitkan hati aku, belum pernah Kau kecewakan aku. Berita-berita gembira yang Kau bawakan sentiasa menceriakan hidupku. Surat-surat cinta Kau layangkan menjadi peneman aku sehari-hari. Tidak pula ku jemu membacanya malah aku sentiasa dalam kerinduan untuk bertemuMu. Dan tidak pula Kau jemu menjagaku, di kala aku kesedihan, Kau kujadikan tempat meluahkan segala pengaduanku.

Di kala aku gembira,
ku tahu Kau bersama aku pada ketika itu. Kita berkongsi kegembiraan bersama. Kau hadiahkan aku teman-teman sejati, teman-teman yang ikhlas dalam perjuangan mereka. Aku hargai pemberian itu, agar aku turut sama berada di landasan mereka. Walaupun masih lagi batasi, namun Kau rapatkan jurang itu, sehingga terasa Kau disampingku. NamaMu menjadi siulanku seharian. Ku tahu Kau sering menguji kasih sayangku, Kau uji kesetiaan ku. Sehinggakan dalam tak sedar aku pula menyakiti hati Kau. Maafkan aku wahai kekasih hati. Tidak mampu ku tandingi kehebatan cinta Kau. Sungguh. Inilah manis kebahagian yang aku nantikan. Aku pasti Kau tidak akan pernah meninggalkan aku. Hanya Kau dan aku.

Kekasihku Allah…

Ciplax dari iLuvisLam


October 16th, 2008 |



Previous Entries
Next Entries
  • Kalendar



  • Post Terbaru

    • happy anniversary tO bOnda and ayahanda
    • cinta langit dan laut
    • cinte munyet
    • final exam…
    • pOsing!!
  • Iklan

  • Chatz

    Nur Aizatul Akmal Zulkifli ~aiza~ Photobucket



  • enjOy




    Gratisan Musik
  • Ketegori

    • friends (4)
    • kem KKb (7)
    • kesihatan (2)
    • kUSOD (6)
    • lagu fav (13)
    • myself (14)
    • perhatian!! (16)
    • photos (9)
    • santai (17)
    • tazkirah remaja (13)
    • thanx Allah (4)
    • tO ibu n ayah!! (4)
    • Uncategorized (5)
  • Arkib

    • November 2008 (3)
    • October 2008 (10)
    • September 2008 (2)
    • August 2008 (3)
    • July 2008 (13)
    • June 2008 (5)
    • May 2008 (7)
    • March 2008 (5)
    • February 2008 (10)
    • January 2008 (4)
    • December 2007 (4)
    • October 2007 (11)
  • Blogroll

    • aizatul<friendster>
    • aizatul<friendster2>
    • aizatul<myspace2>
  • Tetamu Istimewa

  • Counter

      free hit counter
      hit counter
  • Site Stats

  • Recent Comments

    • acong langat on KBS KKB K2S5T08 da abishh!
    • aizatul on KBS KKB K2S5T08 da abishh!
    • azman on KBS KKB K2S5T08 da abishh!
    • matwey on tOlong ingatkan saya!!!
    • aizatul on kisah aku n bazli
  • aLamat suRat menyuRAt

    jangan masyam..masyam..meh anta surat meh..
    Photobucket
    Nur Aizatul Akmal Bt Zulkifli
    Lot 8549 Jalan Kubur.
    Kampung Sungai Udang,
    23000 Dungun,
    Terengganu Darul Iman
    +6098454397
    +60198399553
Copyright © 2008 Qaseh Qmal All Rights Reserved
RSS XHTML CSS Log in
Wp Theme by n Graphic Design
Powered by Wordpress